Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu teksi boleh sewa teksi SMRT ikut jam di bawah skim kongsi

Jan 26, 2017 | 01:09 PM



SYARIKAT SMRT telah melancarkan skim perkongsian teksi baru pada Khamis (26 Jan), yang membolehkan pemandu teksi menyewa teksi mengikut jam.



Ia berbeza daripada amalan industri biasa dengan pengendali teksi menyewakan teksi kepada penyewa secara harian.



Menurut SMRT, Skim Kongsi Teksi yang akan bermula pada 1 Feb itu akan meningkatkan daya saing firma itu, dengan menawarkan pemandu teksi sistem lebih fleksibel dari segi bila dan berapa jam mereka mahu memandu.



Pengarah Urusan bagi Teksi SMRT dan Khidmat Sewa Privet, Encik Tony Heng, berkata: "Skim ini membolehkan kami memanfaatkan sebilangan besar pemilik Lesen Vokasional (TDVL) yang tidak aktif dan mempunyai teksi bergerak jalan mengikut permintaan pengguna."



Encik Heng berkata terdapat kira-kira 100,000 pemilik TDVL tetapi kira-kira 50 peratus daripada mereka tidak aktif.



Kadar sewa di bawah skim perkongsian teksi baru akan berkisar antara $5.80 dan $12.80 sejam, dan pemandu perlu menyewa sekurang-kurangnya bagi tempoh tiga jam.



SMRT kini mempunyai kira-kira 5 peratus atau 175 teksi daripada sejumlah 3,500 teksi yang tidak disewakan.



Ia merancang menggunakan teksi ini untuk skim Kongsi teksi dahulu, tetapi mungkin meningkatkan jumlahnya bergantung kepada permintaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >