Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu teksi ComfortDelgro diberi potongan sewa 50 peratus bagi harungi kesulitan kekangan Covid-19 diperketat

May 19, 2021 | 01:51 AM



MULAI Selasa (18 Mei) hingga 13 Jun, pemandu teksi ComfortDelGro akan membayar separuh daripada kadar sewa mereka dalam usaha operator teksi terbesar Singapura ini membantu golongan pemandu menangani kesan terkini langkah Covid-19 yang diperketat.



Pemandu teksi dan kereta sewa privet melaporkan kemerosotan pendapatan selepas kekangan baru dikuatkuasakan pada Ahad (16 Mei) di samping melihat pendapatan mereka merosot lagi sejak awal minggu ini. 



Ketua Pegawai Penjenamaan dan Komunikasi Kumpulan ComfortDelGro, Cik Tammy Tan, memberitahu akhbar The Straits Times, ComfortDelGro menjangkakan permintaan teksi akan merosot agak banyak dalam tempoh langkah berjaga-jaga dipertingkatkan kini.



Kerana itu, operator teksi ini menambah kadar sewa teksi dipotong sebanyak 50 peratus bayaran asal bagi setiap teksi berbanding potongan sewa 20 peratus sebelum ini.



Ini adalah sebagai tambahan pada Dana Bantuan Pemandu Covid-19 (CDRF) yang diperuntukkan pemerintah pada awal tahun ini hingga akhir Jun.



Pemandu yang layak menerima bayaran bulanan $600 daripada CDRF bagi setiap kenderaan untuk tempoh tiga bulan antara Januari dengan Mac telah menerima $450 sebulan bagi setiap kenderaan sejak April.



Bagi membantu pemandu lagi, ComfortDelGro akan terus mengecualikan levi panggilan hingga 30 Jun, tambah Cik Tan.



Berdasarkan pesanan dari firma ini kepada pemandu teksi yang dimuatnaikkan ke media sosial, ComfortDelGro menaikkan potongan sewa beberapa kali selepas langkah kekangan diumumkan Jumaat (14 Mei) lalu - dari 10 peratus kepada 15 peratus dan kemudian 20 peratus.



Tahun lalu, ComfortDelGro mengecualikan sewa teksi buat pemandunya selama dua bulan sewaktu tempoh pemutus rantaian jangkitan Covid-19 sebelum mengurangkannya kepada 50 peratus dan kemudian 20 peratus sehingga Disember tahun lalu.



Di bawah undang-undang kekangan baru bagi mempertingkat keselamatan, teksi dan kereta sewa privet hanya boleh membawa dua penumpang sahaja kecuali mereka datang dari isi rumah yang sama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >