Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu teksi ComfortDelGro kini tawar khidmat hantar ubat kepada pesakit

Jun 02, 2020 | 11:45 AM



SEBELUM ini makanan, kemudian barangan runcit. Kini, para pemandu teksi sedia menghantar bekalan perubatan ke rumah pesakit.



Ini setelah syarikat ComfortDelGro Taxi menjalin kerjasama dengan ALPS Pte Ltd, yang merupakan pembekal dalam rantaian bekalan sistem penjagaan kesihatan, untuk menawarkan khidmat penghantaran ubat-ubatan kepada pesakit yang mengalami penyakit prawujud, yang memerlukan bekalan kerap semasa tempoh Covid-19.



Khidmat ComfortDelivery, yang berusia sebulan ini dilancarkan khas oleh ComfortDelGro Taxi untuk penghantaran khusus dalam tempoh pandemik yang berterusan.



Perkhidmatan ini ditawarkan kepada semua institusi kesihatan awam (PHI). 



PHI yang ingin memanfaatkan perkhidmatan ini untuk menghantar ubat kepada pesakitnya boleh membuat akaun individu dengan ComfortDelivery, log masuk dan pilih "Ubat-Ubatan" dan mula menempah khidmat penghantaran.



Bayaran penghantaran dikenakan ke atas PHI mengikut jarak, dengan bayaran permulaan $6.50 untuk 3km pertama. 



Semua bayaran disalurkan terus ke pemandu teksi. 



Tetapi, tidak seperti penghantaran makanan di mana teksi dibayar oleh peniaga F&B di tempat, bayaran penghantaran untuk ubat dikreditkan ke akaun bank UOB pemandu teksi oleh ComfortDelGro Taxi pada hari kerja berikutnya. 



PHI akan terus melibatkan pesakit yang memerlukan penghantaran ubat melalui ComfortDelivery atau menerusi wadah penghantaran lain.



Setelah berjaya membuat tempahan, teksi perlu memberitahu dan mengesahkan maklumat penghantaran dengan setiap penerima sebelum penghantaran. 



Mereka juga harus memastikan semua ubat diangkut sesuai dengan keperluan suhu yang ditetapkan. 



Mereka juga akan diajar untuk memastikan bungkusan dijauhkan cahaya matahari secara langsung, haba dan kelembapan. 



Semasa penghantaran, teksi harus mengesahkan identiti penerima sebelum log masuk bagi pihak penerima untuk mengurangkan hubungan.



Ketua Pegawai Eksekutif ComfortDelGro Taxi, Encik Ang Wei Neng berkata: "Dengan Pemerintah membenarkan teksi untuk meneruskan dengan perkhidmatan penghantaran sehingga akhir bulan September ini, kami ingin memperluas perkhidmatan penghantaran kami di luar sektor F&B. 



"Oleh itu, kami dengan senang hati bekerjasama dengan ALPS untuk memastikan bahawa ubat itu dapat dihantar kepada pesakit apabila mereka memerlukannya. 



"Ini akan membantu meningkatkan keupayaan penghantaran ubat PHI, membolehkan lebih banyak pesakit menerima ubat yang dihantar terus ke depan pintu rumah mereka, dan juga sediakan lebih banyak pilihan pekerjaan penghantaran kepada teksi kami dalam tempoh selepas pemutus litar."



Sejak ComfortDelivery dilancarkan, hampir 2,000 buah kereta telah menyertainya. 



Para pemandu teksi yang melakukan penghantaran makanan hanya perlu menjalani latihan digital agar penghantaran ubat dapat dilakukan. 



Mereka kemudian mempunyai pilihan untuk menyampaikan makanan atau ubat atau kedua-duanya. 



Pemandu teksi ComfortDelGro yang berminat untuk mendaftar dengan ComfortDelivery boleh menulis ke comfortdelivery@cdgtaxi.com.sg.



Pemandu teksi, Cik Jade Cho, 46 tahun, adalah salah seorang pemandu teksi yang menyertai ComfortDelivery.



Beliau berkata: "Saya menantikan lebih banyak pekerjaan penghantaran. Setelah menyelesaikan banyak penghantaran makanan, saya sangat biasa dengan Aplikasi ComfortDelivery dan proses penghantaran tanpa sentuhan. 



Walaupun ada panduan lebih ketat untuk penghantaran ubat, saya yakin bahawa saya boleh menukar antara penghantaran makanan dan ubat dengan mudah dan memenuhi setiap pesanan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >