Subuh
5:52
Syuruk
7:09
Zuhur
1:13
Asar
4:14
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Pemandu teksi dalam nahas yang dirakam video meninggal dunia

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pemandu teksi dalam nahas yang dirakam video meninggal dunia

May 18, 2015 | 07:27 PM

SEORANG pemandu teksi berusia 70-an yang dirakam dalam video melanggar sebuah kereta lain telah meninggal dunia akibat kecederaan, kata Anggota Parlimen Pasir Ris-Punggol GRC, Encik Zainal Sapari, laman Facebook beliau hari ini.

Encik Zainal, yang berada dalam sebuah kereta di belakang dua kenderaan tersebut apabila kemalangan itu berlaku Sabtu lepas, memuat naik daripada kamera keretanya rakaman nahas tersebut, yang disifatkannya sebagai "ngeri".

Encik Zainal menulis di laman Facebook beliau bahawa keluarga pemandu teksi itu memberitahunya beliau telah meninggal dunia.

Beliau, yang memberi bantuan apabila kemalangan itu berlaku, berkata beliau sedih apabila mendengar berita tersebut.

"Keluarga itu berkongsi bahawa bapa mereka sudah lama memandu teksi dan beliau seorang pemandu cermat.

"Mudah-mudahan, siasatan polis akan memberi maklumat jelas tentang kemalangan ini.

"Yang terbaik ialah orang ramai menghentikan spekulasi dan sebaliknya memberi takziah ikhlas kepada keluarga itu," katanya.

Kemalangan itu berlaku di Pasir Ris Drive 3, berhampiran Sekolah Menengah Greenview, kira-kira 1.30 petang.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata tiga orang, termasuk pemandu teksi itu, cedera dalam kemalangan tersebut. Mereka dibawa ke Hospital Besar Changi.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3