Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu teksi dan kereta sewa privet boleh terus hantar makanan dan barang keperluan lain hingga akhir September

May 23, 2020 | 04:30 PM



PEMANDU teksi dan sewa kereta privet (PHC) boleh terus menghantar makanan dan barang keperluan lain sehingga akhir September ini, kata Menteri Pengangkutan Encik Khaw Boon Wan hari ini (23 Mei).



Ini kerana permintaan untuk khidmat penghantaran ke rumah dijangka tetap mendapat sambutan tinggi walaupun langkah-langkah pemutus litar akan dilonggarkan secara berfasa mulai bulan depan, katanya.



Sebelum ini, di bawah kelonggaran peraturan sementara yang diumumkan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Mac lalu, pemandu hanya boleh membuat penghantaran hingga akhir Jun.  



Dalam catatan Facebook beliau, Encik Khaw berkata dengan permintaan yang tinggi untuk perkhidmatan sedemikian, LTA telah melanjutkan peraturan sementara itu selama tiga bulan lagi. 



“Ini bermakna pemandu teksi dan PHC dapat terus menambah pendapatan mereka, serta memenuhi keperluan pedagang dan penduduk. Kedua-dua pihak dapat meraih manfaat dari perkara ini,” tambahnya.



Buat masa ini, lebih daripada 10,000 pemandu teksi dan PHC telah memanfaatkan peraturan sementara ini untuk menjalankan khidmat penghantaran, kata Encik Khaw lagi



Beliau menambah bahawa kementeriannya akan memastikan khidmat penumpang yang ingin menaiki teksi dan PHC tidak terjejas.



“Ini untuk memastikan bahawa mereka yang kembali bekerja pasca tempoh pemutus litar, untuk membantu membuka semula ekonomi, diberikan khidmat yang baik tepat pada masanya.



“Apabila keadaan mula berubah, kita harus segera meneliti dan bila perlu, membuat perubahan pada dasar dan peraturan, bagi menghadapi situasi baru itu,” ujarnya. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >