Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu teksi dihukum penjara, dilarang memandu sebabkan kematian pejalan kaki di tempat melintas

Feb 20, 2017 | 03:13 PM



SEORANG pemandu teksi yang menyebabkan kematian seorang pejalan kaki di simpang trafik kerana cuai telah dijatuhi hukuman penjara lebih tinggi daripada biasa dan juga larangan memandu selama lima tahun pada Isnin (20 Feb).

Semasa menjatuhkan hukuman enjara enam minggu ke atas Ng Chee Poh, Hakim Daerah Samuel Chua berasa bahawa apabila kemalangan berlaku di lintasan pejalan kaki berlampu isyarat yang memihak kepada pejalan kaki, hukuman harus dinaikkan melebihi penanda aras.

Penanda aras ialah penjara sehingga empat minggu bagi kemalangan lalu lintas melibatkan kematian, bergantung pada fakta setiap kes.

Ng, 63 tahun, mengaku bersalah gagal berhati-hati semasa membelok ke kiri dari Orchard Road ke Buyong Road oada 3:28 pagi, 5 Jun tahun lepas (2016).

Teki itu melanggar Encik Sebastian Kae Sze Chieh, 31 tahun, yang sedang melintas jalan semasa lampu isyarat 'lelaki hijau'.

Mahkamah diberitahu bahawa Ng telah mengambil dua penumpang di Chinatown sekitar 3:10 pagi itu. Selepas salah seorang penumpang turun di Oxley Road, dia meneruskan perjalanan menghantar penumpang lain ke Joo Chiat melalui Ekspreswe Central.

Dia memberhentikan teksinya di lorong paling kiri di Orchard Road kerana lampu merah.

Encik ketika itu menunggu untuk melintas di pejalan kaki berlampu isyarat di Buyong Road.

Penolong Pendakwa Raya (APP) Lim Yu Hui berkata tiada kenderaan di depan teksi Ng, dan dia boleh melihat Encik Kae dengan jelas.

Apabila lampu isyarat bertukar hijau, Ng membelok kiri ke lorong tengah Buyong Road dan melanggar Encik Kae, yang tercampak ke bonet teksi dan kepalanya terhentak pada cermin sebelum jatuh.

Encik Kae meninggal di hospital akibat kecederaan parah di kepala kira-kira lapan setengah jam kemudian.

Selain enam kesalahan judi, Ng juga pernah disabit kesalahan memandu tidak bertimbang rasa pada 2013.

APP Lim, yang meminta hukuman penjara ditambah di samping larangan memandu, berkata mangsa memakai baju cerah, dan tidak ada sebab kenapa Ng tidak melihatnya.

Beliau berkata Encik Kae mempunyai hak jalan, dan menjadi tanggungjawab Ng memeriksa sebelum membelok.

Peguam Ng, Cik Seo Yong Chern, berkata kliennya amat menyesal, dan mengalami "penderitaan mental dan pergolakan emosi" sejak kemalangan itu.

Beliau berkata Ng sedang menjalani rawatan gangguan tekanan selepas trauma dan akan teruskan rawatan itu.

Ng boleh dihukum penjara sehingga dua tahun dan/atau didenda menyebabkan kematian kerana cuai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >