Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu teksi, kereta sewa privet dapat terus buat penghantaran hingga Sept 2022

Aug 31, 2021 | 05:30 AM



PEMANDU teksi dan kereta sewa privet akan dapat terus menghantar makanan dan barangan sehingga September tahun depan sebagai lanjutan kepada satu ujian perintis yang dimulakan Mac tahun lalu.



Undang-undang pengangkutan ketika ini menghalang pemandu teksi dan kereta sewa privet daripada membuat penghantaran.



Namun, undang-undang itu dilonggarkan setelah pandemik Covid-19 memaksa ramai duduk di rumah dan menyebabkan permintaan bagi khidmat penghantaran melonjak.



Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Dr Amy Khor, menyatakan kelonggaran itu membantu ramai pemandu mendapat pendapatan semasa pandemik ini.



Ini sedang pendapatan daripada menghantar penumpang berkurangan kerana tidak ramai yang menaiki teksi atau kereta sewa privet kerana bekerja di rumah.



"Malah, ia juga memberi manfaat kepada peniaga dan pengguna kerana permintaan bagi khidmat penghantaran, terutama khidmat penghantaran makanan, meningkat,'' ujarnya.



Sejak ujian perintis itu dimulakan, purata 17,500 pemandu teksi dan kereta sewa privet menjalankan penghantaran tersebut.



Dr Khor turut menyentuh mengenai pengumuman Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam Rapat Hari Kebangsaan mengenai usaha yang akan diberikan bagi meningkatkan perlindungan pekerja penghantaran yang bergantung pada wadah dalam talian.



Meskipun Encik Lee hanya menyebut pekerja penghantaran semasa Rapat itu kelmarin, Dr Khit berkata pemandu teksi dan pemandu kereta sewa privet juga merupakan sebahagian daripada pekerja wadah dalam talian itu,



Sebuah jawatankuasa penasihat telah dibentuk oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) bagi meneliti cara meningkatkan perlindungan bagi pekerja tersebut, seperti membaiki keupayaan mereka bersara dan membeli rumah dan memastikan mereka dapat pampasan jika berlaku kecederaan kerja.



Kementerian Pengangkutan dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan menyertai dan menyumbang secara aktif dalam jawatankuasa itu, kata Dr Khor.



"Kami sedang bekerjasama dengan rakan perikatan tiga pihak termasuk Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan pengendali kereta sewa privet (PHC), serta Persatuan Teksi Kebangsaan dan Persatuan Kenderaan Sewa Privet bagi meneliti bagaimana meningkatkan kebajikan pemandu teksi dan kereta sewa privet,'' tambah Dr Koh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >