Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PAKEJ BANTUAN TANGANI INFLASI: HARGA MINYAK & LARANGAN AYAM

Pemandu teksi, kereta sewa terima $150

Jun 22, 2022 | 05:30 AM



PEMANDU teksi dan kereta sewa yang layak bakal menerima bayaran sekali sebanyak $150 sebagai sebahagian daripada pakej sokongan $1.5 bilion yang diumumkan semalam bagi membantu golongan yang lebih terjejas dek cabaran inflasi kini.



Mengumumkan langkah tersebut, Menteri Negara Kanan (Kewangan merangkap Pengangkutan), Encik Chee Hong Tat, semalam berkata mereka akan menerima bayaran tersebut Ogos ini.



Burhubung isu bekalan ayam pula, pemerintah akan meniadakan levi pekerja migran bagi kesemua 11 rumah penyembelihan ayam Singapura selama sebulan untuk mengurangkan kesan larangan eksport ayam yang dikuatkuasa Malaysia.



Sebagai sebahagian daripada langkah sokongan bagi individu yang bekerja sendirian, pemandu bas combi, limousin dan pekerja penghantaran akan menerima habuan bernilai $300 tunai.



Bagi melayakkan diri menerima bantuan tersebut, pemandu bas combi dan limousin perlu menjadi anggota Persatuan Kenderaan Sewa Privet Nasional (NPHVA) sementara pekerja penghantaran pula perlu menjadi anggota Persatuan Pejuang Penghantaran Nasional (NDCA).



Kededua NPHVA dan NDCA bernaung di bawah Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).



Permohonan bagi bantuan itu perlu dibuat di bawah Skim Bantuan Unit Pekerja Bebas dan Bekerja Sendiri (U FSE) NTUC.



Harga minyak petrol telah meningkat sekitar 30 hingga 40 peratus dalam tempoh enam bulan lalu, kata Encik Chee dalam sidang media.



Beliau berkata bantuan pemerintah itu menambah kepada apa yang sudah diterima golongan tersebut sebelum ini.



"Pengendali teksi dan kereta sewa telah memperkenalkan perubahan sementara terhadap harga tambang untuk membantu dari segi pendapatan pemandu sektor ini.



"Kebanyakan pengendali telah menawarkan sokongan lanjut, seperti rebat sewa atau diskaun minyak. Pemerintah juga akan turut membantu," kata Encik Chee.



Dalam pada itu, larangan eksport ayam dari Malaysia telah menjejas pendapatan banyak rumah penyembelihan ayam di sini.



Justeru, pemerintah telah mengambil langkah untuk meniadakan levi pekerja migran selama sebulan.



Ini akan membantu memelihara keupayaan industri tersebut dalam keadaan yang tidak menentu sekarang, menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF).



Mengulas mengenai langkah tersebut, Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon, berkata kebanyakan rumah penyembelihan ayam terpaksa memberikan pekerja mereka cuti, memandangkan kurangnya aktiviti penyembelihan ayam hidup di sana.



Namun, pada masa yang sama beliau menggesa pihak berkepentingan sektor itu untuk mengambil langkah proaktif dalam memikirkan langkah selanjutnya bagi memastikan perniagaan dapat kekal mampan.



"Meskipun pemerintah terus membantu dalam membuka sumber makanan baru bagi import makanan, kami menggalakkan industri dan syarikat untuk membina daya tahan rangkaian bekalan makanan dengan menguatkuasakan pelan untuk meneruskan perniagaan seperti mempelbagaikan serta membina hubungan rapat dengan sumber bekalan alternatif.



"Ini dapat memastikan perniagaan mereka terlindung daripada sebarang kejutan bekalan supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan lebih pantas," ujar Dr Koh.




Meskipun pemerintah terus membantu dalam membuka sumber makanan baru bagi import makanan, kami menggalakkan industri dan syarikat untuk membina daya tahan rangkaian bekalan makanan dengan menguatkuasakan pelan untuk meneruskan perniagaan seperti mempelbagaikan serta membina hubungan rapat dengan sumber bekalan alternatif. Ini dapat memastikan perniagaan mereka terlindung daripada sebarang kejutan bekalan supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan lebih pantas.”
- Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon.




SOKONGAN BAGI PEKERJA SENDIRIAN



Bagi pemandu teksi dan kereta sewa - Bayaran sekali sahaja sebanyak $150 pada Ogos 2022



Skim Bantuan Unit Pekerja Bebas dan Bekerja Sendiri (U FSE) 2022- Bantuan sehingga $300 tunai di bawah Skim Bantuan Unit Pekerja Bebas dan Bekerja Sendiri (U FSE) 2022 bagi pemandu bas combi, limousin, pekerja penghantaran yang juga anggota persatuan di bawah naungan NTUC.



Pemohonan diperlukan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >