Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu teksi melutut selepas didenda kerana merokok

Oct 04, 2019 | 04:09 PM



PEMANDU teksi yang melutut dan memohon belas kasihan dalam foto tersebar luas telah didenda $200 kerana merokok di dalam teksinya.



Denda itu dikeluarkan oleh pegawai  Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), kata agensi itu pada Jumaat (4 Oktober).



NEA berkata pegawai-pegawainya mendapati pemandu teksi itu telah melakukan kesalahan pada Khamis (3 Oktober) 



"Pada 3 Oktober 2019, kira-kira 12.30 tengah hari, seorang pemandu lelaki ditangkap merokok di dalam teksi ComfortDelGro dengan tingkap-tingkapnya diturunkan, di sepanjang Mount Elizabeth Road.



"Pegawai memberitahu pemandu itu akan kesalahannya sebelum mendendanya sebanyak $200, kerana merokok di dalam kenderaan perkhidmatan awam," kata NEA.



NEA memberi amaran bahawa di bawah Akta Merokok (Larangan di Tempat Tertentu), sesiapa yang ditangkap merokok di tempat yang terlarang atau di dalam kenderaan perkhidmatan awam mungkin menghadapi denda sebanyak $200, atau denda dari mahkamah sehingga $1,000.



Menurut laporan akhbar The Straits Times, NEA dan Certis Cisco enggan menyatakan bagaimana pegawai berkenaan bertindak untuk menyelesaikan keadaan tersebut.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >