Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu tersepit dalam trak berjaya dibebaskan SCDF

Nov 01, 2019 | 11:35 AM



DALAM satu operasi selama 3½ jam semalam (31 Oktober), Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah menyelamatkan seorang lelaki yang terperangkap dalam trak mengangkut tanah yang dipandunya. 



Dalam satu pos di Facebook semalam, SCDF berkata kemalangan itu berlaku di lebuh raya East Coast Parkway (ECP) selepas jalan keluar Tanah Merah Coast Road pada 4.17 petang.



The Straits Times difahamkan bahawa tiada kenderaan lain yang terlibat dalam nahas itu.



Digambarkan oleh SCDF sebagai "misi menyelamat yang rumit lagi kompleks", lelaki itu berjaya dikeluarkan dari kenderaannya oleh penyelamat daripada Pasukan Menyelamat dan Bantuan Bencana (Dart) SCDF, yang juga merupakan pasukan penyelamat elit SCDF, dengan kecederaan hanya kepada anggota bawah tubuhnya.



Lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Besar Changi (CGH) dalam keadaan sedar. 



CGH telah menghantar pasukan perubatan kecemasan untuk menyediakan bantuan perubatan di tempat kejadian semalam. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >