Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Pemandu Uber, GrabCar mungkin perlu lesen dan jalani latihan

Mar 17, 2016 | 08:55 AM



PEMANDU kereta sewa private beroperasi di bawah Uber dan GrabCar mungkin tidak lama lagi dikehendaki mempunyai lesen vokasional di bawah peraturan yang dijangka diumum bulan depan.



Satu program latihan yang dicadangkan, sekurang-kurangnya 10 jam, lebih pendek daripada 60 jam bagi lesen pemandu teksi vokasional (TDVL), sedang dipertimbangpihak berkuasa bagi mereka, lapor akhbar The Straits Times, menurut sumber.



Keperluan mendapatkan lesen itu, menyusuli satu kajian yang bermula Oktober lalu, dijangka diumum Kementerian Pengangkutan bulan depan semasa perbahasan Belanjawan.



Masa akan diberi bagi pemandu mengikuti kursus vokasional, kata sumber industri, yang tidak mahu dikenali. Dianggarkan terdapat puluhan ribu pemandu kereta sewa private di Singapura.



Kredit kursus yang dicapai semasa latihan vokasional yang dicadangkan itu boleh juga digunakan bagi TVDL, sekiranya pemandu mahu menjadi pemandu teksi.



Sumber itu berkata selain pelesenan vokasional, pihak berkuasa sedang menimbangkan penandaan lebih jelas bagi kereta private yang digunakan untuk mengambil penumpang. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan pelekat yang ditampal pada kenderaan sedemikian untuk mengenal pasti mereka.



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata "maklumat lanjut akan diumum pada minggu-minggu akan datang".



Dengan rangka kerja kawal selia itu, Singapura akan menyertai negara seperti Filipina dan Australia dalam usaha menjadikan sah industri tersebut, yang dikritik kerana didakwa bersaing secara tidak adil dengan teksi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >