Pemandu van dikejarkan ke hospital setelah langgar adangan di TPE, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Pemandu van dikejarkan ke hospital setelah langgar adangan di TPE

Jun 09, 2019 | 04:17 PM

SEORANG lelaki berusia 31 tahun telah dikejarkan ke hospital setelah van yang dipandunya langgar adangan di Ekspreswe Tampines (TPE) pagi tadi.

Polis dimaklumkan tentang kemalangan melibatkan sebuah van di TPE menghala Ekpreswe Seletar (SLE) pada 5.58 pagi tadi.

Pemandu van itu berada dalam keadaan sedar ketika dibawa ke Hospital Besar Sengkang.

Menurut laporan akhbar Cina, Lianhe Wanbao, van tersebut melanggar adangan di sepanjang TPE sebelum akhirnya berhenti di atas cerun kecil.

Pemandunya kemudian tercampak keluar dari van itu dan tergolek ke bawah cerun tersebut, menurut seorang saksi.

Discover Malay Home Based Businesses

Gambar-gambar kemalangan itu menunjukkan bumper van tercabut dan cermin depan berderai.

Polis sedang menyiasat kemalangan itu.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map