PEMANDU yang mengelak daripada membayar tol serta bayaran lain di pusat pemeriksaan Tuas dan Woodlands akan dikenakan denda sehingga $100 mulai 1 Ogos ini.
Denda $50 akan dikenakan bagi mereka yang tidak membuat bayaran buat kali pertama manakala pesalah berulang kali akan dikenakan denda $100, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menerusi satu kenyataan semalam.