Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:32
Maghrib
7:16
Isyak
8:28

Pemandu yang heret pegawai polis trafik apabila diburu dihukum jel 6 tahun

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

DARI MAHKAMAH

Pemandu yang heret pegawai polis trafik apabila diburu dihukum jel 6 tahun

Mar 10, 2022 | 05:30 AM

SEORANG lelaki yang dikehendaki Biro Narkotik Pusat (CNB) memandu pergi apabila dihalang anggota Polis Trafik tahun lalu, menyebabkan anggota polis itu terseret di atas jalan raya.

Heng Yong Qin terus memandu di sepanjang Ekspreswe Central (CTE) kira-kira 75.2 meter sebelum Staf Sarjan Kanan Haidil Osman akhirnya terjatuh atas jalan raya.

Pegawai itu dirawat di Hospital Raffles, di mana beliau didapati mengalami kecederaan termasuk kesakitan pada leher dan anggota kanan badannya, lapor akhbar The Straits Times.

Heng, kini 32 tahun, dijatuhi hukuman penjara enam tahun 36 hari dengan tiga sebatan kelmarin, selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan termasuk mengambil dadah serta sengaja mencederakan penjawat awam secara.

Dia telah melakukan kesalahan itu pada 27 Mac tahun lalu, semasa dibebaskan awal dari penjara pada 2020.

Mahkamah diberitahu dia juga telah mengambil methamphetamine, juga dinamakan Ice, pada bulan yang sama.

Apabila dibebaskan lebih awal dari penjara, Heng sepatutnya dikehendaki menjauhkan diri daripada sebarang jenayah antara 11 Julai 2020 dengan 9 Mei tahun lepas.

Disebabkan melanggar arahan itu, dia perlu menambah lagi 44 hari dalam penjara.

Heng sedang memandu kereta di CTE menuju ke Ekspreswe Ayer Rajah apabila Staf Sarjan Kanan Haidil, yang menunggang motosikal, memberi isyarat kepadanya supaya berhenti selepas menyedari dia tidak memakai tali pinggang keledar.

Timbalan Pendakwa Raya Cik Phoebe Tan, berkata: "Mangsa memberi isyarat kepada tertuduh agar keluar dari keretanya. Bagaimanapun, tertuduh tidak mengendahkannya dan terus berada di dalam kenderaannya."

Merasakan ada sesuatu yang tidak kena, pegawai itu berjalan ke arah tingkap sebelah pemandu kereta dan menyoal Heng.

Heng tidak menjawab, tetapi menyerahkan lesen memandunya kepada pegawai itu.

Staf Sarjan Kanan Haidil memeriksa butiran Heng dan menyedari bahawa dia dikehendaki oleh CNB kerana gagal melaporkan diri bagi ujian air kencing.

Heng kemudian disuruh keluar dari kenderaannya dan dia akur.

Tetapi dia semakin gementar apabila melihat kenderaan polis lain berada di kawasan berhampiran dan berlari semula ke keretanya.

Staf Sarjan Kanan Haidil memegang stereng kereta sepanjang Heng memandu pergi, tetapi dia akhirnya terjatuh.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) berkata: "Beliau tergolek di lorong di CTE dan terbaring di situ kerana tidak dapat bangun daripada kejadian itu.

"Beberapa kenderaan termasuk dua lori sedang menghampiri mangsa apabila beliau terjatuh di lorong berkenaan, namun mujur tiada yang merempuh mangsa," katanya.

Pendakwa raya menambah bahawa Heng tidak memberi bantuan, sebaliknya dia memecut laju.

Dia kemudian meletakkan keretanya di luar sebuah sekolah sebelum menaiki teksi ke flat sepupunya di Jalan Kayu. Heng kemudian ditangkap di unit tersebut pada hari yang sama.

Dalam rayuan mitigasinya, peguam bela, Encik Wee Hong Shern, memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya "benar-benar menyesal" dan berjanji memulakan hidup baru.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3