Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemanggil Talian Bantuan Kesihatan Mental kendalian IMH naik 50%

Aug 24, 2021 | 05:30 AM



INSTITUT Kesihatan Mental (IMH) menyaksikan 50 peratus lebih ramai pemanggil yang menghubungi Talian Bantuan Kesihatan Mental mereka pada tahun lalu berbanding tempoh yang sama pada 2019, dengan jumlah panggilan memuncak pada April 2020 apabila tempoh pemutus litar jangkitan bermula.



Meskipun jumlah panggilan merosot secara bertahap-tahap kepada paras 2019 menjelang hujung tahun lalu, ia meningkat sekali lagi antara Januari dengan Mei tahun ini, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan semalam.



Antara keprihatinan awal yang dikongsi pemanggil termasuk rasa gelisah kerana terpaksa menyesuaikan diri dengan bekerja di rumah atau belajar di rumah dan rasa terasing dari segi sosial, namun keprihatinan sedemikian berkurangan mulai Jun tahun lalu.



Bagaimanapun, isu seperti ketegangan dengan ahli keluarga dan kebimbangan mengenai jaminan pekerjaan terus menjadi satu keprihatinan.



Ini adalah antara dapatan yang dikongsi dalam sidang media mengenai laporan terakhir Pasukan Bertindak Kesejahteraan Mental Covid-19 (CoMWT) semalam, yang telah mengenal pasti isu utama yang memerlukan pendekatan seluruh pemerintah dan membentangkan saranan dalam menangani kesan psikososial Covid-19 terhadap penduduk.



Sementara itu, Talian National Care (NCH) pula telah menangani lebih 45,000 panggilan sehingga hujung Mei lalu.



Talian itu telah dilancarkan pada April tahun lalu untuk memberikan sokongan kepada mereka yang menghadapi masalah kesihatan mental, seperti kegelisahan dan isu menyesuaikan diri berkaitan Covid-19.



"Tiga keprihatinan utama yang disebutkan pemanggil yang menghubungi NCH adalah berkaitan keperluan sokongan emosi, isu berkaitan kesihatan mental dan hal berkaitan keluarga atau sosial," kata MOH.



Demi menangani isu kesihatan mental dalam kalangan penduduk semasa pandemik ini, MOH berkata lebih 40 inisiatif telah diperkenalkan atau dipertingkatkan hasil usaha pasukan kesihatan mental, masyarakat dan juga agensi serta pertubuhan dalam pelbagai sektor.



Ini termasuk inisiatif pemerintah yang menggalak kesejahteraan mental dan mencegah perkembangan masalah kesihatan mental bagi penduduk dan khususnya ibu bapa dan keluarga, kanak-kanak dan belia, tempat kerja dan pekerja, dan warga emas.



Terdapat juga inisiatif yang disediakan dalam masyarakat supaya mereka yang berisiko atau yang memiliki keperluan kesihatan mental dapat dikesan awal, dirawat dan diberikan sokongan.



Pelbagai inisiatif Covid-19 turut diadakan bagi menangani tekanan yang menjejas kesejahteraan mental.



Ini seperti Pakej Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited untuk membantu penduduk dalam usaha pencarian pekerjaan dan peluang latihan, dan Geran Pemulihan Covid-19 yang menyediakan bantuan kewangan sementara kepada mereka yang kehilangan pekerjaan, gaji atau dikenakan cuti tidak berbayar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >