Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemangku Setiausaha-Agung NSP Hazel Poa letak jawatan, tidak setuju keputusan parti bertanding di SMC MacPherson

Aug 20, 2015 | 10:43 AM



PEMANGKU Setiausaha-Agung Parti Perpaduan Nasional (NSP) Cik Hazel Poa telah meletak jawatan, katanya dalam satu kenyataan yang diterbitkan selang beberapa minit parti itu mengumumkan keputusannya bertanding di Kawasan Undi Perseorangan (SMC) MacPherson di pilihan raya nanti.


Menurut Cik Poa, beliau mengundur diri kerana 'amat tidak bersetuju' dengan keputusan NSP mengubah keputusan untuk tidak bertanding di kawasan undi itu.


Beliau tidak akan bertanding di pilihan raya mendatang.


Sebelum ini, NSP telah mengumumkan bahawa ia tidak akan bertanding di kawasan itu bagi mengelak persaingan tiga penjuru antaranya dengan Parti Pekerja (WP) dan parti pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP). Persaingan tiga penjuru meluntur dan memecah-belahkan sokongan bagi parti pembangkang.


Namun, menurut Cik Poa, NSP mengambil keputusan untuk menyokong permohonan anggota jawatankuasa pusat eksekutif (CEC) Steve Chia bagi bertanding di MacPherson.


"Saya amat tidak bersetuju akan keputusan... ia sesuatu yang tidak boleh saya sokong. Oleh kerana haluan yang dipilih parti amat berbeza dengan arah tuju saya, saa tiada pilihan lain selain meletak jawatan dari NSP," katanya.


Cik Poa menambah bahawa keputusannya itu tidak meninggalkan NSP tanpa pemimpin kerana pemimpin NSP ialah presiden dan setiausaha-agung 'berperanan sebagai jurucakap media parti'.


Ini adalah kali ketua Cik Poa meletak jawatan di NSP. Beliau meninggalkan jawatan sama pada September 2013 atas sebab kesihatan.


Beliau bekas penerima biasiswa pemerintah dan dianggap salah seorang calon bertaraf 'bintang' NSP di pilihan raya umum 2011.Beliau dilantik sebagai pemangku setiausaha-agung Jun lalu selepas Encik Tan Lam Siong meletak jawatan sebagai ketua parti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >