PERBARISAN HARI KEBANGSAAN 2017

Pembaca BH saksikan previu lebih dinamik

PERSEMBAHAN aset dan keupayaan tentera Singapura dalam segmen Pertunjukan Pertahanan Dinamik (D3) adalah bahagian Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) yang paling diminati Encik Muhammad Syafiq Rahman setiap tahun.

Tahun ini tidak terkecuali. Lebih-lebih lagi, buat julung- julung kali, segmen D3 tahun ini diadakan dalam dua bahagian dan disertai bunga api, oleh itu menjanjikan pertunjukan itu lebih gah serta meriah.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan