Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembangkang veteran Sin Kek Tong meninggal dunia

Mar 01, 2017 | 03:53 PM



AHLI politik pembangkang veterang Sin Kek Tong, yang mengasaskan Parti Rakyat Singapura (SPP) dan bertanding dalam enam pilihan raya umum, meninggal dunia pada Isnin malam (27 Feb).



Beliau berusia 72 tahun.



Encik Sin mendapat 41.2 peratus undi pada pilihan raya pertama beliau pada 1988 di bawah Parti Demokratik Singapura (SDP). Beliau tewas kepada calon Parti Tindakan Rakyat (PAP), Encik Goh Choon Kang.



Pada 1994, Encik Sin menubuhkan SPP bersama kumpulan serpihan ahli SDP yang menyokong bekas Anggota Parlimen Potong Pasir, Encik Chiam See Tong, semasa beliau bertelagah dengan kepimpinan SDP.



Encik Chiam seterusnya menyertai SPP sebelum Pilihan Raya Umum 1997.



Pilihan raya umum terakhir yang Encik Sin tandingi ialah pada 2011, apabila beliau mendapat 29.39 peratus undi, kalahkan kepada Menteri Negara Kanan Amy Khor.



Pada 2012, beliau berundur daripada kedudukannya sebagai pengerusi SPP, dengan memberi alasan keperluan pembaharuan parti dan sebab-sebab kesihatan.



Encik Sin meninggalkan seorang isteri, dua anak perempuan, seorang anak lelaki, dan tiga cucu.



Mayat beliau berada di Blok 9C, Boon Tiong Road, dekat Tiong Bahru Road, hingga Khamis (2 Mac). Upacara pembakaran mayat akan diadakan pada Jumaat di Krematorium Mandai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >