Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembangun aplikasi Muslim Pro di S'pura nafi jual data pengguna kepada tentera AS

Nov 17, 2020 | 08:16 PM



FIRMA pembangun aplikasi keislaman bagi telefon bijak Muslim Pro yang berpangkalan di Singapura menafikan dakwaan mereka menjual data peribadi pengguna kepada pihak tentera Amerika Syarikat.



Syarikat tersebut, Bitsmedia, memberitahu akhbar The Straits Times pada Selasa (17 November) bahawa ia akan menghentikan segera hubungannya dengan rakan kerjasama data tanpa memberitahu siapa mereka.



Awal sebelum itu, pada Isnin (16 November), satu laporan syarikat media digital Amerika-Canada, Vice Media, melaporkan bahawa tentera Amerika sedang membeli maklumat privet yang dikumpulkan daripada pelbagai aplikasi serata dunia termasuk Muslim Pro yang dimuat turun lebih 98 juta kali oleh pengguna merata dunia dan menyediakan khidmat seperti perpustakaan Quran dalam talian serta jadual waktu solat harian. 



"Ini tidak tepat dan tidak benar. Pelindungan dan rasa hormat terhadap privasi pengguna kami adalah keutamaan yang didahulukan Muslim Pro.



"Sebagai salah satu aplikasi Muslim yang dipercayai sepanjang 10 tahun lalu, kami mengamalkan piawaian privasi dan undang-undang pelindungan data yang sangat ketat dan tidak akan berkongsi maklumat peribadi yang boleh mendedahkan identiti sesiapa," kata Ketua Kemasyarakatan Muslim Pro, Cik Zahariah Jupary.



Beliau menambah pihaknya telah menjalankan siasatan dalaman dan sedang menyemak dasar pemerintahan data bagi mengesahkan semua data pengguna ditangani sewajarnya.



Vice melaporkan bahawa tentera Amerika membeli data Muslim Pro menerusi broker data pihak ketiga yang dikenali sebagai X-Mode. Broker data mengumpulkan data atau membelinya daripada syarikat lain.



Data yang dilaporkan dibeli termasuk maklumat lokasi serta nama rangkaian Wi-Fi yang dijalinkan pada pengguna, cap masa dan maklumat mengenai telefon di mana aplikasi ini dimuatturunkan seperti jenis modelnya. 



Cik Zahariah menambah Muslim Pro mula bekerjasama dengan X-Mode empat minggu lalu tetapi telah menamatkan sebarang kerjasama dengan syarikat itu dan rakan kerjasama data yang lain.



Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan projek apa yang telah dijalankan Bitsmedia bersama X-Mode.



Dalam jawapannya kepada akhbar The Straits Times, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menjelaskan ia tidak mengawasi aplikasi seperti Muslim Pro dan tidak menyediakan sebarang sokongan buat mereka.



"Kami menggalak masyarakat Islam agar berjaga-jaga apabila menggunakan aplikasi sedemikian," jelas jurucakap Muis, sambil menambah agar pengguna lebih peka dalam berkongsi maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti, undang-undang tertentu yang disejajarkan dengan penggunaan aplikasi itu serta kandungan yang disediakan.



Jurucakap Muis itu menambah pihaknya mempunyai aplikasi MuslimSG yang menyediakan maklumat buat penduduk Islam seperti jadual waktu solat, senarai ruang makan yang disahkan halal dan lokasi masjid.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >