Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembangun app Muslim Pro nafi jual data pada tentera AS

Nov 18, 2020 | 05:30 AM



PEMBANGUN aplikasi telefon bijak Muslim Pro yang berpangkalan di Singapura menafikan tuduhan bahawa ia menjual data peribadi penggunanya kepada tentera Amerika Syarikat.



Pembangun aplikasi Bitsmedia memberitahu The Straits Times semalam ia akan segera menghentikan hubungannya dengan rakan kongsi datanya, tanpa menyatakan siapa mereka.



Menurut satu laporan Vice Media yang diterbitkan kelmarin, tentera Amerika membeli maklumat peribadi yang dikumpul daripada aplikasi di serata dunia, termasuk Muslim Pro, yang telah dimuat turun lebih 98 juta kali di seluruh dunia dan mempunyai perkhidmatan seperti perpustakaan Al-Quran dalam talian serta jadual solat harian.



"Ini tidak betul dan tidak benar. Perlindungan dan penghormatan terhadap privasi pengguna kami adalah keutamaan Muslim Pro," kata Cik Zahariah Jupary, ketua masyarakat Muslim Pro.



"Sebagai salah satu aplikasi Muslim paling dipercayai sepanjang 10 tahun lalu, kami mematuhi piawaian privasi dan peraturan perlindungan data paling ketat, dan tidak pernah berkongsi sebarang maklumat peribadi yang boleh mengenal pasti individu."



Beliau menambah bahawa pembangun aplikasi itu telah melancarkan siasatan dalaman dan sedang menyemak dasar tadbir urus datanya untuk mengesahkan bahawa semua data pengguna diurus dengan baik.



Vice melaporkan bahawa tentera Amerika membeli data Muslim Pro melalui broker data pihak ketiga yang dipanggil X-Mode.



Broker data mengumpul data atau membelinya daripada syarikat lain.



Data yang dikatakan dibeli itu termasuk maklumat lokasi serta nama rangkaian Wi-Fi yang digunakan pengguna, cap masa, dan maklumat mengenai telefon yang dipasang aplikasi itu, seperti modelnya.



Cik Zahariah berkata Muslim Pro mula bekerjasama dengan X-Mode empat minggu lalu, tetapi kini telah menghentikan sebarang kerjasama dengan syarikat itu dan "rakan kongsi data" lain. Beliau tidak mendedahkan apa sebenarnya yang diusahakan X-Mode bersama Bitsmedia.



Menjawab pertanyaan The Straits Times, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata ia tidak mempunyai pengawasan ke atas aplikasi seperti Muslim Pro dan tidak memberi sebarang sokongan kepada mereka.



"Kami menggalak masyarakat Muslim berhati-hati apabila menggunakan aplikasi sedemikian," kata jurucakap Muis, sambil menambah ini termasuk berhati-hati mengenai maklumat peribadi yang boleh mengenal pasti individu, syarat dan terma khusus yang disertakan dengan penggunaan aplikasi tersebut, serta kandungan yang ditawarkan aplikasi sedemikian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >