Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembangunan loji rawatan sisa air, pepejal bersepadu langkah ke tahap selanjutnya

Jul 31, 2021 | 05:30 AM



FASA selanjutnya dalam pembangunan loji merawat sisa air dan pepejal bersepadu yang pertama di Singapura telah bermula.



Loji di Tuas itu akan membantu memaksimumkan penggunaan tenaga dan pemulihan sumber di sini, selain mengoptimumkan penggunaan tanah.



Dalam fasa ini, sebuah kemudahan rawatan makanan yang boleh memproses 400 tan makanan sehari serta kemudahan membakar sisa rawatan kumbahan atau sludge yang boleh membakar 800 tan sisa tersebut sehari akan dibangunkan, kata Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) semalam.



Ini bermakna fasa pertama pembangunan loji pengurusan sisa bersepadu Tuas Nexus dijangka siap menjelang 2025.



Kemudahan ini dijangka memainkan peranan utama dalam matlamat Singapura mencapai wawasan sifar sisa dan ekonomi pekeliling.



Kontrak bernilai $428 juta bagi fasa pembangunan ini dianugerahkan kepada UES Holdings - China Harbour (Singapore) Engineering Company Joint Venture.



Usulan yang diberikan itu antara lain dinilai berdasarkan keberkesanan menggunakan sumber, ciri-ciri mesra alam dan nilai yang ditawarkan.



Tuas Nexus merangkumi dua prasarana skalar besar yang diuruskan secara berasingan oleh agensi air negara PUB dan NEA.



Apabila siap pada 2025, ia akan menempatkan Loji Pemulihgunaan Air Tuas PUB di sebelah Loji Pengurusan Sisa Bersepadu NEA.



Kededua kemudahan itu akan saling menggunakan tenaga yang dijana masing-masing. Adalah dijangka ini boleh mengurangkan pengeluaran lebih 200,000 tan karbon dioksida setahun, penjimatan serupa jika 42,500 kereta dikeluarkan dari jalan raya di Singapura.



Apabila lengkap nanti, kemudahan rawatan sisa makanan itu akan berperanan sebagai cara utama Singapura merawat sisa makanan.



Bahan bukan organik akan diasingkan terlebih dahulu dari sisa makanan, sebelum sisa makanan itu diubah menjadikan sluri, iaitu campuran kotoran dalam air.



Sluri ini akan dicerna lagi menggunakan air sisa rawatan kumbahan untuk menghasilkan biogas, sekali gus mempertingkat pemulihan tenaga.



NEA berkata membakar biogas ini akan menjana elektrik yang diperlukan Tuas Nexus dan selebihnya akan dieksport ke grid elektrik nasional untuk digunakan oleh 300,000 flat empat bilik HDB.



Menyusuli itu, sisa rawatan kumbahan akan dibakar di kemudahan itu juga.



Ini bermakna sisa rawatan kumbahan tidak perlu dikeluarkan dari Loji Pemulihgunaan Air Tuas untuk dirawat, mengurangkan lagi jejak karbon tempat itu.



Ketua eksekutif NEA, Encik Luke Goh, berkata:



"Fasa selanjutnya dalam pembangunan Tuas Nexus memberi tumpuan kepada usaha menyepadukan kemudahan yang dibina untuk merawat sisa makanan dan sisa rawatan kumbahan dari Loji Pemulihgunaan Air Tuas yang dikendalikan PUB.



"Menyepadukan proses rawatan yang biasanya berasingan ini adalah rumit, tetapi ia memberikan manfaat pemulihan tenaga lebih tinggi dan pengeluaran karbon lebih rendah."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >