Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembantu doktor haiwan di Pasukan Polis S'pura antara 45 kes Covid-19 baru: MOH

Jan 15, 2021 | 12:10 AM



SEORANG pembantu doktor haiwan (para-veterinarian) di Pasukan Polis Singapura (2 Mowbray Road) adalah satu-satunya kes masyarakat dan antara 45 kes jangkitan Covid-19 baru yang dikenal pasti pada Khamis (14 Januari).



Dalam kenyataannya pada Khamis malam, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata, tugas lelaki berusia 32 tahun itu secara umum melibatkan sesi telekonsultasi bersama pengendali anjing.



Beliau didapati demam pada 11 Januari dan mendapatkan rawatan daripada doktor di klinik umum pada hari yang sama. 



Di situ, beliau menjalani ujian Covid-19 sebagai sebahagian ujian kemasyarakatan yang dipertingkat MOH buat semua individu berusia 13 tahun ke atas yang mengalami jangkitan pernafasan akut kali pertama bertemu doktor.



Lelaki ini duduk di rumah sahaja sepanjang cuti sakit sehingga hasil ujiannya disahkan positif Covid-19 pada 13 Januari. Beliau kemudian dihantar dengan ambulans ke Pusat Kebangsaan Bagi Penyakit Berjangkit.



Ujian serologi yang dijalani negatif, menunjukkan kemungkinan terdapat jangkitan buat masa ini. Siasatan epidemiologi sedang diteruskan.



Buat masa ini, semua kontak dekat kes ini termasuk anggota keluarga dan rakan sekerja telah diasingkan dan dikuarantin. Mereka akan diuji pada awal dan akhir tempoh kuarantin agar MOH boleh mengesan kes yang tidak menampakkan sebarang tanda jangkitan.



Ujian serologi juga perlu dijalani kontak dekat bagi menentukan jika kes itu dijangkiti mereka.



Sementara itu, dalam kalangan 44 kes import yang dikesan pada Khamis, tiga adalah warga Singapura yang kembali ke sini dari Qatar, Filipina dan United Kingdom.



Tiga kes lagi adalah pemegang pas tanggungan yang tiba dari Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Ukraine. Dua kes pula adalah pemegang pas pelajar dari Pakistan dan Myanmar.



Manakala tiga kes pula adalah pemegang pas kerja yang mempunyai sejarah perjalanan dari India dan UAE. Sebanyak 29 kes pula adalah pemegang permit kerja dari Bangladesh, India, Indonesia, Myanmar dan Filipina. Daripada 29 kes ini, 14 adalah pembantu rumah asing.



Empat kes pula adalah pemegang pas lawatan jangka pendek. Salah satu kes ini datang dari India bagi melawat anaknya yang berkerakyatan Singapura. Satu lagi kes tiba dari Indonesia sebagai penjaga orang tuanya yang menerima rawatan perubatan di Singapura dan kembali ke sini bagi rawatan lanjut.



Baki dua pemegang pas lawatan jangka pendek pula datang dari Brazil bagi acara e-Sukan.



Sebanyak 35 kes pula dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat. Manakala 41 kes pula masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih.



Sementara itu, MOH turut menyenaraikan beberapa tempat yang dikunjungi kes Covid-19. Antaranya termasuk Pasar Basah dan Pusat Makanan Chong Pang City di 105 Yishun Ring Road; restoran makanan segera McDonald's di Sembawang Cottage, 369 Sembawang Road; puesat beli-belah JEM (50 Jurong Gateway Road) dan pasar raya Sheng Siong di Junction Nine (18 Yishun Avenue 9).



 



.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >