Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pembantu Indonesia yang cerut leher remaja hingga mati dipenjara 12 tahun

May 25, 2015 | 06:49 PM

SEORANG pembantu rumah yang mencerut anak majikannya berusia 16 tahun dengan baju pinafor remaja itu semasa beliau tidur, dihukum penjara 12 tahun semalam.

Pembantu rumah warga Indonesia itu, Tuti Aeliyah, 30 tahun, mengaku salah di Mahkamah Tinggi bagi tuduhan mengakibatkan kematian Allahyarhamha Shameera Basha Noor Basha, pelajar menengah empat Sekolah Perempuan Tanjong Katong, pada 14 November 2013.

Tuti sebelum ini dikenakan tuduhan membunuh, namun tuduhan itu dikurangkan setelah dia didiagnos mengalami kemurungan teruk dengan gejala psikotik ketika itu.

Keadaan mentalnya didapati menjejas keupayaannya membuat keputusan.

Pada hari pembunuhan, Tuti mendakwa dia ternampak hantu yang menyuruhnya membunuh remaja itu semasa berada di dalam tandas,

Pada 8 pagi itu, Tuti masuk ke dalam bilik Allahyarham dengan sebilah pisau dan cuba menekap mukanya dengan bantal.

Apabila Allahyarhamha sedar dan meronta, pembantu rumah itu menikamnya di perut dan dada.

Dia kemudian mencerut leher Allahyarhamha menggunakan baju pinafor hijau remaja itu beberapa kali dan menarik hujungnya sehingga remaja itu berhenti bergerak.

Tuti kemudian meminum cecair pelembut kain, mengelar pergelangan tangannya dan cuba menggantung dirinya pada paip tandas namun gagal membunuh dirinya.

Dia memberitahu majikannya dia telah membunuh Allahyarhamha apabila ibu remaja itu pulang sekitar 12.30 tengah hari.

Ibu berusia 47 tahun itu kemudian mendapatkan bantuan seorang jiran, yang menghubungi polis.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3