Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembantu rumah akan didakwa atas kematian bayi

May 10, 2016 | 07:19 AM



SEORANG pembantu rumah Indonesia akan didakwa pada Selasa (10 Mei) atas kematian seorang bayi dalam jagaannya.



Maryani Usman Utar, 30 tahan, ditahan selepas Richelle Teo Yan Jia, satu tahun, ditemui tidak sedarkan diri oleh bapanya di rumah pada pagi Ahad dengan kesan lebam pada leher dan kepalanya.



Bibir bayi perempuan itu telah menjadi ungu, dan dia disahkan meninggal dunia di hospital.



Polis, yang menerima panggilan pada 9.20 pagi, berkata Maryani akan didakwa menyebabkan kematian tanpa niat membunuh.



Dia tidak berada di rumah ketika bayi itu ditemui kerana ia hari kelepasannya, lapor akhbar Cina Lianhe Wanbao.



Polis menahannya di kawasan Marina Bay pada hari sama.



Pada petang Isnin, pegawai polis membawanya ke flat HDB tempat dia bekerja di Simei Street 4, dengan tali kekang pada pergelangan tangan dan kakinya.



Menurut keluarga itu, bapa Richelle sedang sembahyang di dalam bilik sementara bayi tersebut tidur pada pagi Hari Ibu itu.



Ibu dan abangnya keluar pada masa itu.



Selepas sembahyang, bapa Richelle cuba mengejutkannya tetapi mendapati dia tidak sedarkan diri.



Beliau segera membawa Richelle ke Hospital Besar Changi, tetapi dia disahkan meninggal dunia pada 10.08 pagi.



Datuk Richelle, Encik Teo Xiong Kun, 81 tahun, memberitahu Lianhe Wanbao keluarganya berulang kali cuba menghubungi Maryani selepas kejadian itu, tetapi dia tidak dapat dihubungi.



Polis akhirnya menemuinya.



Dia dipercayai telah bekerja untuk keluarga itu lebih setahun. Ia pekerjaan pertamanya di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >