Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG HARI RAYA

Pembantu rumah berkumpul untuk iftar

Apr 27, 2022 | 05:30 AM



SEMANGAT persahabatan tanpa mengira agama, jelas terpancar dalam kalangan lebih 50 pekerja domestik migran dari pelbagai negara yang telah berbuka puasa bersama di Hab Persatuan Pekerja Domestik Asing bagi Sokongan Sosial dan Latihan (Fast).



Para pekerja dari negara seperti Indonesia, Filipina, India dan Sri Lanka itu berpeluang menikmati juadah masakan negara asal rakan-rakan mereka dalam acara yang dianjurkan oleh Fast.



Menurut kenyataan Fast, inisiatif itu bermatlamat menyediakan peluang untuk pekerja domestik Islam dan bukan Islam untuk menyertai dalam iftar di samping menggalak masyarakat berbilang kaum dan agama di Singapura.



Menerusi cara ini, ia juga membolehkan golongan itu menghargai semangat kepercayaan dan kerjasama di negara ini.



Presiden Fast, Encik Lim Fang Sung menjelaskan acara itu dianjurkan bagi menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh pekerja domestik dan membina rasa perpaduan di kalangan mereka.



"Ramai pekerja domestik Islam berkata mereka rindu berbuka puasa dengan keluarga mereka di negara asal.



"Ada yang belum pulang selama lebih tiga tahun kerana Covid-19. Jadi acara 'keluarga' ini diharap dapat membuat mereka rasa lebih dekat dengan rumah mereka," ujarnya.



Pada masa sama, pekerja domestik dari agama lain turut diundang agar mereka dapat mempelajari dan menghargai Ramadan, tambah Encik Lim.



Sebelum berbuka puasa, seorang pekerja domestik, Cik Surti, 35 tahun, yang sudah bertugas di Singapura selama 12 tahun, telah berkongsi dengan rakan-rakannya tentang cabaran dihadapi di bulan Ramadan.



"Ada yang bertanya bagaimana kami dapat bertahan berpuasa dalam melakukan tugasan harian. Saya beruntung kerana majikan saya amat memahami dan menasihatkan agar tidak bekerja terlalu keras semasa Ramadan," ceritanya yang aktif menyertai kelas senaman Zumba di pusat Fast pada hari cutinya, Ahad semasa Ramadan.



Menurut Cik Surti, beliau berbuka puasa bersama teman-teman lain di Fast setiap Ahad semasa Ramadan, dengan menyiapkan makanannya di rumah.



Dalam hal ini, pusat Fast melanjutkan waktu operasi premisnya semasa Ramadan bagi membolehkan pekerja domestik berbuka puasa dalam sekitaran yang selamat dan selesa pada hari cuti mereka, jelas Encik Lim.



Kata beliau, premis itu mempunyai peraturan ketat berkenaan pelawat lelaki.



Justeru, respon untuk berbuka puasa di sana amat positif, dengan ada majikan berterima kasih dengan inisiatif itu kerana mereka tidak perlu bimbang tentang keselamatan pekerja mereka semasa berbuka di luar rumah.



Selain itu, pelbagai kegiatan dianjurkan pada Ahad untuk golongan itu, seperti senaman Zumba, yoga dan kursus latihan.



Turut menghadiri acara iftar ialah Cik Mary Ann Pedrigal, 48 tahun dari Filipina yang telah memasakkan snek popular dari Filipina, turon, yang diperbuat daripada hirisan pisang dan nangka untuk dinikmati dalam acara itu.



"Saya gembira melihat semua rakan dapat makan bersama dan merasa bermacam hidangan dari pelbagai negara...saya juga belajar lebih banyak tentang Ramadan dan tidak tahu bahawa wanita hamil, kanak-kanak mahupun orang tua boleh dikecualikan daripada berpuasa," terangnya yang bekerja di sini sejak 1993.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >