Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembantu rumah dapat tempat baru untuk bersantai

Pusat Pembantu Rumah usahakan gunakan bekas bangunan lama RGS
Mar 15, 2021 | 05:30 AM



JIKA dahulu Masjid Abdul Hamid Kampung Pasiran menjadi tempat berkumpul bagi Cik Dina V. dan teman-temannya setiap Ahad untuk berlatih qasidah pada hari cuti mereka, kini rancangan perlu diubah sedikit.



Apakan tidak, sejak masjid ditutup dan kemudiannya dihadkan aktiviti yang dibenarkan kerana wabak Covid-19, Cik Dina terpaksa menangguhkan latihan qasidah dengan Kumpulan Rebana Qasidah PIS Nur Assyifa'.



Mujur, baru-baru ini mereka dapat sambung semula latihan tersebut di tempat yang selesa sambil bertemu dan berkumpul dengan rakan lain dari Indonesia itu.



Ditemui di bekas bangunan lama Sekolah Perempuan Raffles di 20 Anderson Road semalam, Cik Dina, 38 tahun, yang sudah 16 tahun bekerja di Singapura sebagai pembantu rumah berkata beliau gemar menyertai aktiviti kumpulan tersebut yang dibentuk sejak enam tahun lalu.



"Saya kenal kumpulan ini secara 'online'. Dulu ada yang pos tentang mengaji, terus saya fikir bagus ya, langsung saya cari dan jumpa nombor telefon bimbit...dari situ saya sertai mereka.



"Dulunya kita ke masjid, tapi sekarang masih (terbatas), jadi kami ke sini.



"Bagus ada tempat ini. Sebab Covid-19, sudah setahun lebih kami tak berlatih, jadi di sini boleh diteruskan (latihannya)," kata beliau.



Bangunan sekolah lama itu dapat digunakan sebagai tempat para pembantu rumah berkumpul dan melakukan aktiviti yang diinginkan dalam keadaan selamat.



Diusahakan Pusat bagi Pembantu Rumah (CDE), tempat tersebut turut menyediakan beberapa aktiviti seperti zumba dan membuat kraf tangan yang dijalankan sukarelawan.



Ia telah dibuka setiap Ahad sejak 21 Februari lalu bagi tujuan tersebut.



Seramai 250 orang dibenarkan berada dalam kawasan itu, yang cukup luas meskipun dengan peraturan jarak selamat ditetapkan.



Menurut CDE, langkah pengurusan selamat (SMM) seperti penggunaan SafeEntry, pengambilan suhu badan dan kumpulan tidak melebihi lapan orang dikuatkuasa.



CDE menyediakan tempat tersebut berikutan maklum balas yang diterima daripada pembantu rumah di sini yang mengatakan mereka juga prihatin dengan SMM yang ada, tetapi sukar untuk mematuhinya di tempat-tempat yang sering dikunjungi pekerja asing pada hari cuti mereka.



"Seperti kita, mereka juga mahu keluar dan berjumpa dengan kawan-kawan tetapi pada masa yang sama melindungi diri mereka sendiri.



"Namun, kadang kala memang tidak cukup tempat di kawasan yang mereka suka kunjungi.



"Mendengar maklum balas sedemikian, CDE bekerjasama dengan rakan kerja tiga pihaknya - Kementerian Tenaga Kerja (MOM) untuk melihat bagaimana pembantu rumah boleh ditempatkan di kawasan alternatif di mana mereka boleh berkumpul dengan selamat," menurut CDE dalam kenyataannya.



Ia turut menyediakan bas ulang-alik percuma dari tempat letak kereta Pusat Makanan Newton, perhentian teksi di Lucky Plaza dan Tanjong Katong Complex ke Anderson Road.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >