Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembantu rumah didakwa rakam, sebar video dirinya mandikan lelaki warga emas

Oct 14, 2021 | 03:34 PM



SEORANG pembantu rumah yang merakam beberapa video dirinya memandikan seorang lelaki warga emas di bawah jagaannya tanpa pengetahuan lelaki itu didakwa di mahkamah daerah pada Khamis (14 Oktober).



Warga Indonesia berusia 33 tahun itu dituduh atas tujuh kesalahan merakam klip video melibatkan orang yang lemah dan terdedah pada sebarang pencabulan hak di samping enam kesalahan menyebarkan video itu.



Dia dikatakan melakukan kesalahan itu di sebuah flat di Punggol. Nama wanita ini tidak dapat didedahkan atas perintah mahkamah bagi melindungi identiti lelaki berkenaan.



Pembantu itu dikatakan menggunakan telefon bimbitnya bagi membuat rakaman tersebut sedang dia memandikan warga emas itu dalam tujuh kejadian antara Januari 2020 dengan tahun ini.



Dia dituduh berkongsi klip video itu dengan pihak lain menerusi platform pesanan WhatsApp sekurang-kurangnya empat kali dengan niat memalukan lelaki itu.



Dia dikatakan berkongsi klip itu tanpa keizinan lelaki berkenaan.



Keterangan mengenai penerima klip video itu serta usia dan keadaan fizikal warga emas itu tidak didedahkan dalam dokumen mahkamah.



Pada 1 Januari tahun ini, pembantu rumah itu dikatakan memuatnaikkan salah satu klip video ini di platform media sosial TikTok tanpa keizinan lelaki itu juga.



Polis berkata dalam satu kenyataan awal, pihaknya menerima laporan dua hari selepas itu tentang wanita yang dikatakan merakam video dirinya memandikan warga emas dan memuatnaikkan klip berkenaan di media sosial.



Pada Khamis, mahkamah diberitahu wanita itu kini menetap di agensi pembantu rumah dan bercadang mendapatkan bantuan guaman.



Dia diberi ikat jamin $15,000 dengan kes itu bakal didengar lagi pada 27 Oktober.



Bagi setiap kesalahan berkenaan, si pesalah yang merakam video intim mangsa yang lemah itu tanpa keizinannya boleh dipenjara hingga empat tahun dan didenda atau dirotan.



Mereka yang didapati bersalah menyebar klip mangsa yang lemah boleh dipenjara hingga 10 tahun dan didenda atau dirotan bagi setiap dakwaan.



Bagaimanapun, hukuman rotan hanya buat lelaki.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >