Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembantu rumah didapati bekerja sambilan sebagai pekerja pembersihan, pelayan KTV

Jun 24, 2019 | 01:58 PM



SETIAP Ahad, pembantu rumah Jody (bukan nama sebenar) menyediakan beberapa masakan Filipino yang digemari, tapi bukan untuk majikannya. 



Wanita tersebut sebenarnya menjalankan perniagaan tidak sah pada hari cutinya. 



Namun, beliau bukan seorang diri. Ramai pembantu rumah yang kini menjalankan tugas sambilan untuk mendapat lebih banyak wang sambil menghadapi risiko menjalani hukuman penjara, dikenakan denda atau ditarik balik permit pekerjaan mereka. 



Ada yang melakukan atas kehendak sendiri. Mereka menjalankan tugas sambilan sebagai pekerja pembersihan, bekerja di salon atau sebagai pelayan KTV, antara lain. 



Namun, ada orang lain yang dipaksa majikan mereka untuk bekerja bagi rumah lain atau untuk perniagaan majikannya sendiri. 



Bagi Jody, majikannya tahu tentang tugas sambilannya itu. Beliau akan mula menyediakan makanan di dapur majikannya sebelum subuh dan kemudian menyimpan makanan tersebut dalam bekas plastik. 



Hidangan-hidangan tersebut dijual dengan nasi dengan harga $8. 



Sejak 2016 hingga tahun lalu, 86 pembantu rumah ditangkap kerana menjalankan tugas sambilan, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM), dan menambah bahawa “trend tersebut tidak meningkat”. 



“Seorang pembantu rumah asing dikira ‘moonlighting’ jika beliau bekerja atas kehendaknya sendiri untuk majikan lain, contohnya seperti bekerja sebagai tukang gunting rambut di salon, atau bekerja sendiri, seperti menjadi seorang pekerja pembersihan secara bebas di rumah-rumah lain,” tambahnya. 



Pembantu rumah yang didapati menjalani tugas sambilan boleh didenda sehingga $20,000 atau dipenjara sehingga dua tahun, atau kededuanya sekali. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >