Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembantu rumah dipenjara 8 minggu kerana cuai biarkan berus gigi sendat dalam tekak budak

Mar 09, 2021 | 07:38 PM



SEORANG pembantu rumah yang menggosok gigi anak majikannya yang berusia dua tahun pada 27 Disember 2020 berpaling ke arah lain seketika, membiarkan berus gigi itu dalam mulut si kecil.



Berus gigi kanak-kanak yang berukuran 15 sentimeter itu bagaimanapun termasuk ke dalam tekak budak itu sehingga dia menangis kesakitan dan muntah darah.



Dia kemudian digegaskan ke hospital di mana sepasang forsep yang kuat digunakan bagi mengeluarkan berus gigi itu daripada esofagusnya. 



Kanak-kanak itu yang mengalami luka pada bahagian belakang tekak dan esofagusnya dirawat di hospital hingga 31 Disember 2020.



Pembantu rumah itu, warga Myanmar, Chi Nar Paw Tan, kini 24 tahun, dihukum penjara lapan minggu pada Selasa (9 Mac) selepas dia mengaku bersalah mencederakan kanak-kanak itu dengan bertindak cuai. Nama budak itu tidak boleh didedahkan atas perintah mahkamah bagi melindungi identitinya.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Andre Ong, berkata pembantu rumah itu sudah bekerja di flat majikannya di Ang Mo Kio selama empat tahun sebelum kejadian itu berlaku.



Chi memberitahu penyiasat keluarga majikannya melayannya dengan baik.



Pada hari kejadian, dia memandikan mangsa dan kemudian memberus giginya.



"Yang tertuduh telah membersihkan tubuh mangsa dengan sabun, menggunakan tangan kanannya sambil memegang berus gigi pada tangan kirinya.



"Dia kemudian memalingkan tubuhnya dan membiarkan mangsa begitu sahaja kerana ingin mencari alat semburan mandi. Dia telah membiarkan berus gigi itu dalam mulut mangsa begitu sahaja," kata DPP Ong.



Ibu budak itu bergegas ke tandas rumahnya dan terlihat mulut anaknya berdarah.



Chi kemudian memberitahu darah itu mengalir daripada gigi budak itu. Apabila didesak majikannya, barulah dia beritahu berus gigi itu tersendat pada mulut si kecil.



Ibu budak itu menghubungi ambulans dengan budak itu kemudian digegaskan ke Hospital Tan Tock Seng. Pegawai perubatan di hospital itu, bagaimanapun, tidak mencuba mengeluarkan berus gigi itu daripada mulut budak itu kerana tiada peralatan yang sesuai.



Budak itu seterusnya dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK di mana berus gigi itu berjaya dikeluarkan daripada esofagusnya.



Chi ditangkap malam itu juga.



Di atas kesalahan mencederakan kanak-kanak di bawah usia 14 tahun dengan bertindak cuai, seseorang boleh dipenjara hingga setahun dan didenda hingga $5,000.



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >