Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembantu rumah dipenjara 9 bulan kerana dera bayi majikan

Jul 13, 2018 | 04:51 PM



AKIBAT marah dengan teman lelakinya selepas mereka bertengkar, seorang pembantu rumah dari Filipina mendera anak lelaki majikannya yang berumur setahun serta merakam perbuatannya itu menggunakan telefon bimbit lalu menghantar video itu kepada kekasihnya.



Dia melakukan demikian untuk menunjukkan teman lelakinya apa yang dia mampu buat dalam keadaan marah.



Video itu menunjukkan Leslie Ann Belmonte Dieza menutup muka budak lelaki itu dengan bantal, menarik rambutnya dan menggunakan pisau untuk memukul punggung kanak-kanak itu.



Dieza, 36 tahun, dijatuhi hukuman penjara sembilan bilan hari ini (13 Julai) selepas mengaku bersalah terhadap dua tuduhan mendera kanak-kanak.



Pembantu rumah itu sudah berkahwin dengan seorang warga Filipina berusia 36 tahun yang bekerja sebagai penyelaras logistik di Singapura, menurut akhbar The Straits Times.



Namun, mahkamah diberitahu bahawa hubungan pasangan itu bermasalah kerana Dieza juga mempunyai hubungan luar nikah dengan lelaki lain bernama Raymond.



Dieza yang datang ke Singapura untuk bekerja sebagai pembantu rumah pada 2016 bekerja dengan sebuah keluarga dari Australia yang tinggal di kondominium di Thomson Road selama sekitar 16 bulan sebelum dia melakukan kesalahan itu.



Selepas menonton video yang dihantar Dieza menerusi Facebook Messenger itu, Raymond meminta saudaranya menghubungi suami Dieza.



Suami Dieza bertemu dengan Dieza dekat kondominium tempat dia bekerja itu tetapi mereka bertengkar.



Suaminya kemudian membuat laporan polis malam itu dan dia ditangkap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >