Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembantu rumah dipenjara buat aduan palsu dirogol majikan

Oct 17, 2019 | 04:33 PM



SEORANG pembantu rumah telah membuat laporan polis palsu, menuduh majikan mencabul kehormatannya setelah mendapat tahu bahawa permit kerjanya akan ditamatkan kerana kerjanya yang kurang memuaskan.


Warga India, Lamneithiem, 28 tahun, mengaku bersalah pada Selasa (15 Oktober) atas pemberian maklumat palsu kepada kakitangan awam dan dipenjara selama tiga bulan.



Menurut The Straits Times (ST), Timbalan Pendakwa Raya Navin Naidu berkata Lamneithiem telah ke Balai Polis Kejiranan Kampong Java sekitar 4.30 petang pada 21 April untuk membuat laporan, mengatakan majikannya telah mencabul kehormatannya.



Namun kemudian, Lamneithiem memberitahu bahawa hubungan seks itu dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Tetapi, apabila seorang lagi pegawai mencatat laporannya pada 24 April, Lamneithiem berkata hubungan seksual itu tidak dipersetujui.



Enam jam kemudian, seorang lagi pegawai polis mengambil kenyataannya dan kali ini Lamneithiem berkata majikannya telah merogolnya secara “paksa”.



Pada 31 Mei, Lamneithiem akhirnya mengaku telah membuat aduan palsu 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >