Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembantu rumah hadir bengkel tingkatkan kesedaran cegah jenayah

Nov 11, 2019 | 12:49 PM



PEKERJA domestik asing (FDW) memainkan peranan membantu mencegah jenayah di Singapura, dengan beberapa daripada mereka giat lakukan kerja-kerja sukarela sebagai duta dan ikut dalam penggambaran video yang mengongsi mengongsi cara untuk mencegah jenayah.



Video itu yang menerangkan cara-cara untuk mengesan percubaan penipuan dan pencerobohan haram telah dikongsi bersama peserta bengkel Kumpulan Penjaga Domestik (Domestic Guardian Watchgroup) anjuran Divisyen Polis Bedok semalam (10 November), lapor The Straits Times (ST).



Sekitar 320 pembantu rumah menghadiri bengkel yang berlangsung di Lifelong Learning Institute di Paya Lebar yang bertujuan untuk memupuk pembantu rumah dengan kemahiran dan pengetahuan untuk membina suasana yang selamat.



Peserta diajar bagaimana untuk mencegah jenayah seperti pecah masuk, pencerobohan dan penipuan.



Mereka juga belajar bagaimana untuk selamatkan diri daripada pemiutang tanpa lesen dan akibat jika berurusan dengan tailong. 



Selain itu, mereka turut pelajari bagaimana untuk elak wabak denggi dan memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) serta defibrilator luaran automatik (AED) apabila menghadapi situasi cemas.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >