Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembantu rumah Indonesia satu-satunya kes Covid-19 dalam masyarakat

Mar 07, 2021 | 07:08 AM



SATU-SATUNYA kes Covid-19 baru dalam masyarakat yang disahkan pada Sabtu (6 Mac) melibatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia. 


Wanita berusia 35 tahun itu tiba di Singapura pada 20 Januari lalu dan menjalani notis jangan keluar rumah (SHN) di sebuah kemudahan khusus hingga 3 Februari.


Kedua-dua ujian sebelum keberangkatan yang dilakukan pada 18 Januari di Indonesia serta swab yang dilakukan pada 2 Februari adalah negatif Covid-19.


Beliau tidak menunjukkan simptom, dan hanya diuji positif apabila mengambil satu lagi ujian sebelum keberangkatan pada 4 Mac, kali ini sebagai persiapan untuk kembali ke Indonesia.


Beliau kemudian dibawa ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit menaiki ambulans.

Satu lagi ujian oleh Makmal Kesihatan Awam Nasional (NPHL) pada 5 Mac menunjukkan keputusan negatif.


Kementerian Kesihatan (MOH) berkata memandangkan mereka tidak dapat memastikan tarikh jangkitannya, mereka akan mengambil semua tindakan kesihatan awam yang diperlukan sebagai langkah berjaga-jaga, termasuk mengarahkan semua kenalan rapatnya  agar menjalani kuarantin.


Sebanyak 12 kes import turut dilaporkan pada Sabtu termasuk satu warga Singapura yang pulang dari Indonesia dan seorang lagi penduduk tetap yang pulang dari Malaysia.


Baki kes melibatkan dua pemegang pas tanggungan, satu pemegang pas kerja dari India dan tujuh pemegang permit kerja dari India, Indonesia, Malaysia, Myanmar dan Filipina.


Sementara itu, sembilan kes telah sembuh dan dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat pada Sabtu, menjadikan jumlah 59,864 pesakit telah pulih sejauh ini.


Sejumlah 22 pesakit masih dirawat di hospital dan lagi 90 pesakit diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat. 


Seramai 29 orang telah meninggal dunia sejauh ini akibat komplikasi disebabkan oleh Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >