Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Pembantu rumah majoriti warga asing di S’pura yang ambil pinjaman wang

Setempat
27
0

Pembantu rumah majoriti warga asing di S’pura yang ambil pinjaman wang

Oct 06, 2018 | 06:30 PM

 

 

PEMBANTU rumah membentuk kebanyakan warga asing di Singapura yang mengambil pinjaman dari pemiutang berlesan dan pemiutang haram, kata pertubuhan kebajikan sukarela (VWO) pada Jumaat (5 Oktober), walau mereka tidak dapat memberikan perangkaan tertentu.

Pengarah eksekutif Blessed Grace Sosial Services Paderi Billy Lee berkata jumlah panggilan memohon bantuan yang diterima daripada pembantu rumah dan majikan telah bertambah sejak beberapa tahun lalu.

“Ramai antara pembantu rumah ini tiba ke Singapura tanpa wang dan mereka berhutang dengan ejen mereka. Sepatutnya, mereka tidak harus meminjam wang,” kata Encik Lee

yang menambah bahawa  pembantu rumah bermasalah membayar hutang mereka kerana gaji purata mereka sekitar $6,000 setahun.

Pada Khamis (Oktober 5) Kementerian Undang-Undang (MinLaw) dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mengumumkan bahawa had hutang baru akan diperkenalkan untuk melindungi pekerja asing di Singapura atau warga asing yang tinggal di sini, serta majikan mereka daripada kesan berhutang melebihi kemampuan mereka untuk membayar hutang itu.

Kededua kementerian itu berkata jumlah warga asing yang meminjam wang dari pemiutang berlesen melonjak dari sekitar 7,500 pada 2016 kepada 35,000 dalam separuh pertama tahun ini. Polis juga berkata, menerusi pengamatan merkea, bahawa lebih ramai warga asing meminjam wang daripada pemiutang haram.

Had baru yang dikenakan MinLaw menjejas pemilik pas kerja, pemilik pas kunjungan jangka panjang dan jangka pendek, pas pasangan dan pas pelajar. Ia akan berkuatkuasa akhir tahun ini. Buat masa ini, tiada sebarang had pinjaman dikenakan bagi kumpulan ini.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3