SEPASANG suami isteri lanjut usia ditemui dalam keadaan tidak bergerak di flat mereka di Blok 717, Bedok Reservoir Road, pada Rabu lalu.
Pasangan warga Singapura, Encik Chia Ngim Fong, 79 tahun; dan isterinya, Cik Chin Sek Fah, 78 tahun, ditemui di dua tempat berasingan dalam flat eksekutif lima bilik mereka yang terletak di tingkat dua blok tersebut.