Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembantu rumah migran digalak duduk di rumah pada hari rehat: MOM

May 21, 2021 | 06:23 PM



PEMBANTU rumah migran di Singapura digalakkan agar duduk di rumah sewaktu hari rehat mereka sejajar dengan langkah kewaspadaan Covid-19 yang dipertingkat di negara ini.



Mereka juga perlu patuh pada Langkah Pengurusan Selamat (SMM) yang berkuat kuasa bagi Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) dan harus diperhatikan setiap orang.



Memberi pesanan demikian dalam satu kenyataan pada Jumaat (21 Mei), Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berkata, jika pembantu rumah migran ini perlu keluar bagi tugasan penting, mereka harus melakukannya segera, elakkan diri daripada mengunjungi tempat yang sesak serta hadkan saiz kumpulan pada dua orang sahaja.



"Mereka tidak harus bergaul antara kumpulan dan tidak harus berkongsi makanan, minuman atau peralatan dapur.



"Majikan boleh memainkan peranan mereka dengan membantu pembantu rumah migran ini memahami bahawa langkah lebih ketat ini penting dan penyesuaian perlu dibuat sewaktu tempoh ini.



"Jika pembantu rumah mereka mengambil keputusan duduk di rumah sewaktu hari rehat mereka, majikan tidak harus berikan mereka tugasan.



"Jika majikan mencapai kata sepakat dengan pembantu mereka agar melepaskan hari rehat itu, pihak majikan harus sediakan pampasan sebagai gantian hari cuti itu," tambah MOM.



Dalam memastikan majikan dan pekerja domestik migran ini mendapat garis pandu terkini mengenai hari rehat ini, surat makluman telah dikirim kepada majikan, yang terkini pada 15 Mei. Bahan-bahan dalam bahasa ibunda pekerja diberi bagi memudahahkan mereka memahami apa yang ingin disampaikan.



Sejak 16 Mei, pegawai MOM dan agensi lain telah menggiatkan usaha meninjau tempat-tempat perhimpunan yang terkenal dalam kalangan pekerja domestik migran ini.



Langkah penguatkuasaan akan diambil jika pekerja ini didapati melanggar langkah pengurusan selamat yang ditetapkan.



MOM berharap majikan dan pekerja akur pada langkah yang diperkenalkan bagi melindungi diri pekerja, keluarga majikan dan masyarakat umum dalam usaha mengekang penularan Covid-19.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >