Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Pembelajaran 'digital' sepanjang hayat penting baiki kehidupan: Iswaran

Setempat
27
0

Pembelajaran 'digital' sepanjang hayat penting baiki kehidupan: Iswaran

Feb 09, 2021 | 05:30 AM

PEMBELAJARAN pendigitalan sepanjang hayat penting untuk memperbaiki kehidupan dan pendapatan kita, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S Iswaran ketika memperkenalkan gerakan nasional baru, 'Digital for Life' atau Digital Sepanjang Hayat, semalam.

Gerakan Digital Sepanjang Hayat dilancarkan Presiden Halimah Yacob sempena majlis pelancaran Cabaran Presiden 2021 semalam.

Gerakan itu diumumkan sejajar dengan fokus Cabaran Presiden tahun ini untuk membina sebuah masyarakat inklusif secara digital.

Berucap di pelancaran yang berlangsung di Pusat Kegiatan Warga Emas NTUC Health di Taman Jurong semalam, Encik Iswaran berkata bahawa penyertaan sentiasa menjadi nadi pendorong usaha digital negara.

"Kami mahukan setiap warga dan pekerja untuk dapat memperoleh keuntungan digital," ujar beliau.

"Dalam erti kata lain, kami ingin memastikan bahawa setiap warga mampu menggunakan alat digital, dan meningkatkan kesejahteraan mereka. Sebab itu, gerakan Digital Sepanjang Hayat ini sangat penting."

Encik Iswaran berkata gerakan baru nasional itu menggariskan dua perkara utama.

"Pertama, bahawa pendigitalan adalah perjalanan pembelajaran sepanjang hayat, sebab teknologi akan terus berkembang dan kami perlu terus menyesuaikan diri kepada teknologi baru. Ia juga menekankan bahawa melalui pendigitalan, kita boleh meningkatkan kehidupan dan pendapatan."

Sejauh ini, lebih 60,000 warga emas telah memanfaatkan program Seniors Go Digital - untuk belajar cara melakukan e-pembayaran - dan Encik Iswaran berharap kesedaran mengenai inisiatif pendigitalan lain dipertingkatkan.

Sebagai sebahagian gerakan itu, sebuah dana baru juga telah dilancarkan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) semalam.

Dana Digital Sepanjang Hayat itu bertujuan menyokong projek dan kegiatan berkaitan digital yang dimulakan masyarakat.

Dana tersebut akan merangkumi pendanaan awal bernilai $2.5 juta yang dibiayai Cabaran Presiden.

Pemerintah akan memadankan setiap dolar daripada dana yang disumbangkan masyarakat.

Dana itu disasarkan meningkat kepada $10 juta dalam tempoh tiga tahun mendatang, kata IMDA dan Cabaran Presiden dalam satu kenyataan bersama semalam.

Dana Masyarakat, cabang pengumpulan dana dan penglibatan di bawah Majlis Perkhidmatan Masyarakat Kebangsaan (NCSS), akan memudahkan sumbangan untuk Dana Digital Sepanjang Hayat itu.

Encik Iswaran menambah:

"Sedang kami memperluas dan melangkah lebih dalam, kita harus bekerjasama dengan masyarakat dan sumber yang lebih luas, dari segi rakan korporat, sukarelawan dan organisasi masyarakat."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3