Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembelajaran sepanjang hayat adalah kunci mobiliti sosial: SM Tharman

Nov 02, 2022 | 05:30 AM



PARA pekerja kolar biru dan kolar putih menghadapi risiko gaji yang mendatar dengan lebih awal lagi berbanding pekerja profesional.



Justeru, Singapura perlu mencari cara bagi menyediakan peluang yang sama rata untuk pembelajaran bermutu bagi setiap segmen tenaga kerja, kata Menteri Kanan Encik Tharman Shanmugaratnam dalam ucapan di dialog pembukaan Sidang Puncak Pembelajaran Sepanjang Hayat Global petang semalam.



"Kita harus mengelakkan genangan yang berlaku di teras tengah dalam tenaga kerja kolar biru dan kolar putih yang membelenggu banyak masyarakat dan kita harus memastikan kita pelihara dan bina semula semangat perpaduan semua orang," ujar beliau.



Encik Tharman menambah bahawa melabur dalam pembangunan berterusan keupayaan manusia dan daya tahan kolektif menerusi sistem pembelajaran sepanjang hayat merupakan strategi utama dalam memastikan masa depan lebih baik untuk semua orang.



"Kita perlu membangunkan sistem pembelajaran sepanjang hayat, bukan hanya secara anekdot atau secara kebetulan tetapi membina satu sistem yang betul dan berbeza daripada sistem pendidikan tradisional.



"Ia perlu jauh lebih tangkas untuk menyediakan pembangunan, keupayaan dan daya tahan manusia secara berterusan," kata beliau.



Encik Tharman juga berkata bahawa sistem pembelajaran sepanjang hayat adalah asas kepada mobiliti sosial.



"Walaupun titik permulaan setiap orang itu berbeza, sistem pembelajaran sepanjang hayat boleh memastikan titik permulaan yang berbeza itu tidak berterusan dalam kehidupan mereka.



"Pelaburan kita dalam keupayaan dan daya tahan manusia melalui sistem pembelajaran sepanjang hayat adalah kritikal untuk memelihara dan membina rasa maruah dan tujuan bagi setiap individu di tempat kerja," kata Encik Tharman.



Beliau juga menambah bahawa meningkatkan kemahiran secara berterusan akan membina daya tahan kolektif yang diperlukan untuk negara bangkit semula daripada kemerosotan, gangguan dan pandemik.



Justeru, adalah penting bagi sistem pembelajaran sepanjang hayat untuk terus menyediakan program bermutu tinggi yang menarik dan relevan untuk meningkatkan kemahiran dan melatih semula pekerja di pertengahan kerjaya dan pada masa yang sama memenuhi keperluan industri.



"Kita perlu agregat permintaan kemahiran di seluruh ekonomi dan menjangka kemahiran yang diperlukan bagi masa depan," kata beliau sambil menambah Singapura telah mencapai permulaan yang baik tetapi masih perlu melakukan lebih banyak lagi untuk menghubungkan permintaan kemahiran dalam industri dan minat individu serta keupayaan institusi latihan untuk memenuhi kedua-dua keperluan itu.



Sidang puncak dua hari itu bermula semalam dan dianjurkan baut julung-julung kalinya di Pan Pacific Singapore.



Ia dianjurkan bersama oleh Institut bagi Pembelajaran Orang Dewasa (IAL) dan SkillsFuture Singapura (SSG).



Ia bertujuan untuk menjadi sebuah platform nasional, serantau dan antarabangsa yang baru untuk dialog mengenai pembelajaran sepanjang hayat dan bagaimana ia boleh menyokong pertumbuhan ekonomi yang inklusif bagi membantu para pekerja menyesuaikan diri dengan perubahan yang semakin pesat di tempat kerja mereka dan keperluan kerja mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >