Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembeli batal permohonan BTO berkurangan sejak dua tahun lalu

Mar 06, 2022 | 07:44 PM



Jumlah pembeli rumah yang memohon untuk membatalkan permohonan flat Bina Mengikut Tempahan (BTO) pada 2020 dan 2021 telah berkurangan, walaupun terpaksa menunggu lebih lama berbanding sebelum pandemik. 



Pasaran flat jualan semula HDB, yang meningkat sekitar 15 peratus sejak suku pertama 2020 hingga akhir tahun lalu, mungkin adalah antara sebab pembatalan yang berkurangan itu kerana ada pembeli memilih membeli BTO yang lebih selamat dan dimampui, menurut pengamat hartanah kepada akhbar The Straits Times.



Menurut perangkaan HDB, pada 2020 dan 2021, secara purata setiap tahun sekitar  3,640 pembeli memohon untuk membatalkan permohonan flat BTO - iaitu lebih rendah daripada jumlah purata tahunan, sekitar 4,020 permohonan diterima pada 2018 dan 2019.



Daripada permintaan diterima pada 2020 dan 2021, secara purata tahunan sebanyak 1,850 pembeli akhirnya membatalkan permohonan mereka, lebih rendah daripada purata tahunan 2,500 pada 2018 dan 2019.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >