Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembeli kereta terpakai gagal dalam kes pengubahsuaian odometer

May 26, 2020 | 11:30 AM



SEORANG pembeli kereta terpakai  telah gagal dalam kesnya ke atas seorang peniaga kereta terpakai kerana menjual sebuah kenderaan yang jarak tempuhnya adalah enam kali lebih tinggi dari yang ditunjukkan pada odometer kereta tersebut. 



Kegagalannya disebabkan soal teknikal.



Encik Tan Ming Yew, 36 tahun, seorang peguam syarikat, telah membeli kereta 'Mazda 3' dari peniaga kereta terpakai, Viking Motor, pada Jun 2018.



Pada bulan berikutnya, beliau membawa kereta berkenaan, yang berusia di bawah dua tahun, ke ejen Mazda, Trans Eurokars, kerana kenderaan itu mengeluarkan bunyi gemerisik.



Ketika itulah beliau mendapat tahu jarak tempuh sebenar kereta itu adalah sekitar 76,000km - lebih daripada enam kali dari yang ditunjukkan oleh odometernya.



Kes perihal mengemukakan gambaran yang salah itu telah didengar di mahkamah pada 18 Mac tahun ini. 



Kes itu bagaimanapun telah ditolak oleh Hakim Daerah Tan May Tee. 



Dalam penghakiman bertulis, Hakim menyatakan bahawa Encik Tan, yang diwakili oleh Encik Clarence Lun dari firma guaman Foxwood, "gagal membuktikan fakta-fakta penting dalam tuntutannya terhadap gambaran yang salah itu".



Kes Encik Tan bergantung pada salinan invois oleh Trans Eurokars yang menyatakan bahawa odometer kereta itu yang telah diubahsuai dan, akibatnya, jaminannya tidak sah.  



Trans Eurokars telah menjalankan pemeriksaan diagnostik pada kereta berkenaan bagi penemuan tersebut.



Tetapi Viking Motor menafikan ia telah mengganggu odometer.



Hakim Tan berkata: "Seseorang seharusnya menjangka plaintif akan memanggil jurutera atau juruteknik Mazda yang menjalankan ujian untuk datang ke mahkamah dan memberi keterangan mengenai penemuan dan kesimpulannya.



"Sekiranya ada dokumen yang dihasilkan yang berisi penemuan tersebut, dokumen asli harus dikemukakan di mahkamah dan pembuatnya dipanggil untuk membuktikan kebenaran isi kandungannya itu.



"Sekiranya langkah-langkah ini dilakukan plaintif, dia pasti akan mengemukakan kes yang menarik untuk dijawab oleh terdakwa."



Hakim juga menyatakan bahawa Encik Tan telah meminta keterangan seorang pegawai perkhidmatan pelanggan Mazda, dan itu tidak membantu kesnya.



Sebaliknya, Encik Tan seharusnya memanggil seorang saksi dari jabatan diagnostik Mazda untuk membuktikan dakwaannya, kata hakim.



Viking Motor diwakili oleh Encik Vijai Parwani dari firma Parwani Law, yang menegaskan bahawa pelanggannya tidak mempunyai kes untuk dijawab kerana bukti Encik Tan tidak mencukupi - yang disetujui oleh mahkamah. 



Hakim menolak kes itu dengan kos.



Ketika dihubungi, Encik Tan berkata: "Saya menghormati keputusan mahkamah, tetapi saya sangat kecewa.



"Iktibar daripadanya ialah anda harus berhati-hati ketika membuat kontrak pembelian kereta. Anda harus mendapatkan pengesahan secara bertulis bahawa bacaan odometer adalah tepat.



"Ia satu pengajaran yang sangat pedih." - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >