Subuh
5:27
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:10
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Setempat

Pembeli mula beratur, sedia bermalam untuk 'Black Friday'

Nov 28, 2019 | 08:06 PM

PEMBELI yang tidak mahu terlepas peluang berbelanja dengan potongan harga hebat sehingga 90 peratus bersiap sedia untuk bermalam di luar Robinsons The Heeren malam ini (28 Nov) bagi memastikan mereka berada di hadapan barisan bagi jualan murah Black Friday esok.

Menurut The Straits Times, sekitar 50 orang dilihat beratur pada 4 petang tadi - sekitar 15 jam sebelum pintu dibuka.

Jualan murah Black Friday Robinsons, yang dipanggil The Great Blackout, berlangsung dari 7 pagi esok (29 Nov) hingga 1 pagi lusa (30 Nov) di cawangan di Jem, Raffles City dan The Heeren.

Di depan barisan itu  ialah penasihat kewangan berusia 29 tahun, yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Tan, yang telah mula beratur sejak 4 pagi tadi. 

Beliau, yang perlu beratur selama 27 jam sebelum pintu gedung serbaneka itu dibuka, bakal berkahwin dan mahu membeli tilam baru serta beberapa peralatan rumah seperti periuk nasi bagi rumah barunya.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian