Subuh
5:36
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:02
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pembeli utamakan ayam beku untuk berjimat

Jul 27, 2022 | 05:30 AM

DUA bulan setelah sekatan ayam segar dari Malaysia berkuat kuasa, para pelanggan lebih terbuka membeli ayam beku.

Dengan harganya yang lebih murah, mereka berasakan pembelian itu lebih menjimatkan.

Singapura kini memasuki tempoh bulan kedua sejak sekatan eksport 36.1 juta ayam sebulan dari Malaysia berkuat kuasa sejak 1 Jun lalu.

Bagi pegawai keselamatan Encik Salimee Sarip, 69 tahun, beliau keberatan membeli ayam kampung jika inginkan ayam segar kerana harganya yang tinggi bermula sekitar $12 seekor.

Pelanggan lain pula berkata, pilihan ayam beku menjadi pilihan utama memandangkan harganya jauh lebih murah dan kekal pada lingkungan sekitar $4.50 hingga $5.50.

Pemilik Hashim Abbas Supplier of Fresh & Frozen Chicken & Meat di Pasar Geylang Serai, Encik Hashim Abbas berkata 90 pelanggannya kini membeli ayam beku kerana harganya yang lebih rendah berbanding ayam kampung.

Namun, pengendali laman dagangan elektronik OurPasar Essentials, Encik Qamarul Solihien Daud, melihat sedikit kemerosotan dari segi permintaan ayam.

"Mungkin orang ramai masih bersikap berjimat apabila membeli ayam," jelasnya.

Antara negara yang masih membekalkan ayam beku dan disejukkan termasuk Thailand, Australia, Brazil, Amerika Syarikat, dan yang terkini, Indonesia.

Awal bulan ini, Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu memberitahu Parlimen, Singapura belum menerima sebarang maklumat terkini dari kerajaan Malaysia mengenai rancangan mengakhiri larangan eksport ayam negara itu.

Laporan lanjut: Tiada ayam segar, tiada masalah

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3