Pembelian palsu: Pelanggan iTunes Apple mengadu ribuan dolar ditolak dari bank akaun

BEBERAPA pelanggan  Apple mengadu pembelian palsu  dibuat pada akaun iTunes mereka, menyebabkan  hingga ribuan dolar dipotong daripada   akaun mereka.

Jurucakap Apple, semasa menjawab pertanyaan pada  Ahad (22 Julai), tidak  memberi komen mengenai sebesar mana   masalah itu tetapi berkata ia   sedang menyiasat, lapor akhbar The Straits Times dalam tarian.

Walaupun jumlah sebenar pengguna iTunes yang terjejas tidak jelas, masalah itu kelihatan melanda   pelanggan daripada kebanyakan bank utama di sini.

Station televisyen Channel NewsAsia   kali pertama melaporkan   pada Ahad bahawa “berpuluh-puluh orang”   terjejas, termasuk di OCBC Bank.

Cik Chen Yi Ling, 25 tahun,  memberitahu The Straits Times    lebih  $4,400 ditolak dalam 27 transaksi berjumlah $163.43 daripada  akaunnya di  DBS pada 11 Julai.

DBS membayar balik 20 daripada 27 transaksi itu kepada  Cik Chen pada  Khamis lalu.

Dalam komen Facebook, pengguna Patricia Choy mendakwa  lebih  $7,000 dipotong daripada   akaunnya bersama  DBS  dalam 45 transaksi berjumlah  $160.57.
 
Menurut akhbar itu, jurucakap DBS berkata pelanggan yang melaporkan transaksi iTunes  tidak sah akan menerima kredit sementara sedang  bank itu menjalankan siasatan.

“Kami juga sentiasa memantau urus niaga kad kredit/debit pada masa nyata bagi sembarang kegiatan   mencurigakan... kami meminta pelanggan menghubungi kami segera di 1800 111 1111 jika mereka melihat kegiatan   mencurigakan atau luar biasa dalam akaun mereka.”

Perunding IT Roy Chow, 37 tahun, memberitahu The Straits Times  $1,049.84 dalam akaunnya bersama  Maybank   dikeluar bagi  beberapa transaksi sebelum beliau  menerima pemberitahuan bahawa kadnya telah disekat.

Bagi Cik Lai Bee Lan, 43 tahun, $478.42 ditolak daripada  akaunnya bersama   Standard Chartered dalam tiga transaksi pada  Selasa.

Jurucakap Apple merujuk  kepada halaman sokongan firma itu  di mana pelanggan boleh melaporkan masalah mengenai  pembelian iTunes: https://support.apple.com/en-us/HT204084.