Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembelian, penggunaan produk tembakau baru dan tiruan dilarang mulai 1 Februari

Jan 28, 2018 | 05:30 AM



MULAI 1 Februari 2018, larangan baru terhadap pembelian, penggunaan dan pemilikan produk tembakau yang baru muncul dan tiruan akan berkuat kuasa.



Ini adalah fasa pertama pelaksanaan pindaan kepada Akta Tembakau (Kawalan Iklan dan Penjualan) (TCASA), yang diluluskan di Parlimen pada November 2017.



Di bawah Akta yang dipinda bagi mengurangkan kemungkinan belia mula merokok sebelum mencecah 21 tahun dan melindungi penduduk daripada kesan buruk produk tembakau baru dan tiruan, Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya semalam berkata bahawa ia akan melaksana beberapa perkara.



Ini termasuk meningkatkan



usia minimum merokok daripada 18 kepada 21 tahun bagi pembelian, penggunaan, pemilikan, penjualan dan pembekalan produk tembakau; selain lebih memperketatkan kawalan ke atas produk tembakau baru dan tiruan bagi menghalang pembelian, penggunaan dan pemilikan produk tersebut.



Akta Pindaan TCASA 2017 akan mula berkuat kuasa secara berperingkat.



Di bawah TCASA, sesiapa yang ditangkap membeli, memiliki atau menggunakan produk tembakau yang baru dan tiruan, boleh dikenakan denda tidak melebihi $2,000.



Orang ramai digalakkan membuang sebarang produk tembakau dilarang yang mereka miliki kini.



Contoh produk larangan di bawah Seksyen 15 TCASA termasuk produk tembakau tanpa asap, tembakau kunyah dan shisha, manakala Seksyen 16 TCASA melarang sebarang alat atau barang yang menyerupai produk tembakau.



Ia termasuk pengewap seperti e-rokok, e-paip, e-cerut dan sebagainya.



Mereka yang didapati bersalah di bawah seksyen itu boleh dikenakan denda tidak melebihi $10,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.



Bagi kesalahan kedua dan seterusnya pula, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi $20,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >