Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemberhentian kerja lebih lazim secara dalam talian sedang pekerja bekerja dari rumah

Jun 08, 2020 | 08:46 AM



DENGAN banyak bekerja dari rumah, terdapat firma mengambil langkah memberhentikan pekerja menerusi sidang video, menjadikan proses yang menyakitkan lebih tidak berperasaan.



Akhbar The New Paper hari ini melaporkan, sebuah syarikat berbilang negara telah memberhentikan seorang pekerjanya yang telah berkhidmat selama lebih 20 tahun, menerusi e-mel pada April lalu. 



Pertemuan berikutnya adalah menerusi wadah sidang video Zoom yang berlangsung kurang dari 15 minit kerana karyawan berkenaan tidak dapat mencapai persetujuan dengan majikannya. 



Syarikat itu menyatakan akan menghantar barang-barang beliau kepadanya kerana tidak akan dibenarkan masuk ke dalam bangunan.



Disebabkan penularan koronavirus yang menjejas pekerjaan, lebih banyak orang di seluruh dunia dipecat atau diberhentikan dengan cara elektronik yang menyebabkan ketidakpuasan antara kedua pihak.



Peguam lelaki itu, Cik Muntaz Zainuddin, rakan kongsi di LHDN Law, memberitahu The New Paper bahawa pelanggannya kesal dengan cara beliau diberhentikan walaupun sudah lama bekerja di sana.



Cik Muntaz berkata: "Beliau merasa syarikat itu tidak menghargai atau menghormatinya, dan segera menganggap pakej pemberhentian itu tidak adil. Begitulah cara yang sepatutnya dilakukan yang menimbulkan kecurigaan apakah pakej pemberhentian itu adil."



Keadaan yang dihadapi karyawan berkenaan tidak unik.



Akhbar Daily Mail melaporkan bulan lalu, syarikat Uber telah memberhentikan lebih 3,000 pekerja menerusi  panggilan Zoom selama tiga minit. 



Akhbar The Business Times pula melaporkan April lalu  syarikat baru dalam bidang fesyen, Zilingo, juga telah memberhentikan pekerja melalui Zoom.



Pakar menyatakan syarikat-syarikat telah menjalankan langkah pemberhentian pekerja secara dalam talian kerana masih banyak yang bekerja dari rumah, dan peguam pekerjaan mengatakan bahawa mereka telah menerima lebih banyak pertanyaan mengenai pakej pemberhentian pekerja.



Ahli ekonomi Maybank percaya, pemberhentian pekerja boleh mencapai 150,000 hingga 200,000, yang bermakna kadar pengangguran boleh melampaui 5 peratus.



Encik Ian Lim, rakan kongsi di TSMP Law Corporation, menyatakan pemberhentian kerja yang dilaksanakan secara jarak jauh mungkin tidak dapat dielakkan pada ketika ini.



Beliau berkata: "Walaupun jauh dari ideal kerana berisiko menjadikan proses yang menyakitkan menjadi lebih sejuk dan tidak wajar, pemberhentian jarak jauh seperti ini mungkin tidak dapat dielakkan buat masa ini, dengan sebahagian besar pekerja masih bekerja dari rumah dan dengan pengurus tidak dapat bertemu mereka secara langsung. "



Cik Muntaz mengatakan walaupun tidak biasa, firma itu juga telah melihat majikan mengajukan soalan bertanya, bagaimana cara terbaik untuk melakukan langkah pemberhentian pekerja dalam talian, dengan kebimbangan mengenai privasi dan bagaimana menangani konfrontasi dari jarak jauh.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >