Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemberian komputer riba kepada anak-anak pesalah dadah

Hasil inisiatif Dana Pendidikan Harun Ghani dan ditaja Far East Organisation, ia diharap bantu anak-anak kekal hubungan dengan ibu atau bapa di penjara
Apr 24, 2022 | 05:30 AM



SEJAK bapanya masuk penjara angkara dadah sekitar empat tahun lalu, Ahmad (bukan nama sebenar) terputus hubungan dan langsung tidak mendengar sebarang khabar daripada orang tuanya itu.



Namun, semuanya bakal berubah setelah Ahmad, 12 tahun, menerima komputer riba daripada Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF) dalam satu acara semalam.



"Saya rasa gembira sangat kerana dengan adanya komputer riba ini, saya boleh hantar e-mel kepada bapa saya di penjara," kata pelajar menengah satu itu.



Semalam, HGEF telah mengadakan acara Projek Pelita Hati buat tahun keempat di Kelab Masyarakat Nee Soon Central, di mana 10 komputer riba tajaan Far East Organisation turut diberikan kepada anak-anak dengan ibu atau bapa yang berada di penjara.



Projek itu merupakan sebuah inisiatif HGEF dengan kerjasama Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS), dan disokong kempen antidadah Dadah Itu Haram Biro Narkotik Pusat (CNB), dalam usaha membawa keceriaan dan memberikan sokongan emosi kepada anak-anak pesalah dadah.



Di bawah Projek Pelita Hati, HGEF menyediakan kad Hari Raya khas yang diberikan kepada 22 pesalah yang bakal dibebaskan tahun ini bagi mereka menulis mesej kepada anak-anak mereka, kata Setiausaha kehormat HGEF, Cik Haslinda Putri Harun.



Dengan ini, Cik Haslinda berkata anak-anak itu boleh rasa senang mengetahui bahawa ibu atau bapa mereka yang berada dalam penjara masih mengingati dan menyayangi mereka, dan sikap positif sedemikian akan mendorong anak-anak itu untuk memberikan prestasi lebih baik di sekolah.



Namun, sejajar dengan tema Hubungan dan Komunikasi projek itu tahun ini, HGEF juga telah memberikan komputer riba tersebut kepada anak-anak pesalah supaya mereka boleh berkomunikasi secara lebih berkesan dengan ibu atau bapa mereka di penjara melalui e-mel.



"Komunikasi menghasilkan, mengekalkan dan memperkasa hubungan. Bagi anak-anak dengan ibu bapa yang dalam penjara, komunikasi dengan ibu bapa mereka adalah penting.



"Tanpa komunikasi, penyesuaian dan kesejahteraan jangka panjang mereka mungkin terjejas," kata Cik Haslinda.



Tetamu terhormat acara itu semalam, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata pemberian komputer riba itu adalah penting supaya anak-anak boleh terus berkomunikasi dengan ahli keluarga di dalam penjara dan hubungan mereka terus dikekalkan.



"Beberapa banduan telah berkongsi dengan saya bahawa apa yang membuat mereka terus hidup adalah surat yang mereka terima daripada keluarga. Mereka berkata surat anda memberi mereka harapan, memastikan mereka terus berhubung dan menjadikan ia lebih mudah bagi mereka kembali ke pangkuan keluarga.



"Jika tidak, mereka akan rasa sangat sukar semasa proses itu. Oleh itu, gunakan sepenuhnya komputer riba itu untuk menghantar surat, dan untuk keperluan anda yang lain juga - pendidikan dan sebagainya," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >