Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemberian komputer riba kepada anak pesalah dadah

Apr 23, 2022 | 08:46 PM



SEJAK bapanya masuk penjara angkara dadah sekitar empat tahun lalu, Ahmad (bukan nama sebenar) terputus hubungan dan langsung tidak mendengar sebarang khabar daripada orang tuanya itu.

Namun, semuanya bakal berubah setelah Ahmad, 12 tahun, menerima komputer riba daripada Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF) dalam satu acara semalam.

“Saya rasa gembira sangat kerana dengan adanya komputer riba ini, saya boleh hantar e-mel kepada bapa saya di penjara,” kata pelajar menengah satu itu.





Pada Sabtu (23 Apr), HGEF telah mengadakan acara Projek Pelita Hati buat tahun keempat di Kelab Masyarakat Nee Soon Central, di mana 10 komputer riba tajaan Far East Organisation turut diberikan kepada anak-anak dengan ibu atau bapa yang berada di penjara.

Projek itu merupakan sebuah inisiatif HGEF dengan kerjasama Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS), dan disokong kempen antidadah Dadah Itu Haram Biro Narkotik Pusat (CNB), dalam usaha membawa keceriaan dan memberikan sokongan emosi kepada anak-anak pesalah dadah.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >