Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemberian vaksin diutamakan bagi golongan kurang upaya

Jun 11, 2021 | 05:30 AM



PANDEMIK Covid-19 telah memberatkan lagi cabaran yang dihadapi golongan kurang upaya dan pengasuh mereka.



Bagi mengurangkan cabaran yang dihadapi, pemerintah telah mengutamakan pemberian vaksin kepada golongan kurang upaya, terutama yang menginap di rumah tumpangan atau yang mengikuti khidmat berasaskan masyarakat, kata Setiausaha Parlimen (Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Eric Chua dalam satu kiriman di Facebook kelmarin.



Pasukan Vaksinasi Rumah Kementerian Kesihatan (MOH) juga telah membawa khidmat vaksinasi kepada warga emas di rumah yang sukar bergerak.



"Bagi mereka yang memerlukan pengasuh khusus semasa menjalani Perintah Kuarantin (QO) atau Notis Jangan Keluar Rumah (SHN), pengasuh mereka dalam kebanyakan kes akan dibenarkan bersama mereka untuk terus menjaga mereka.



"Jika tidak, pengasuh terlatih dari agensi yang dilantik Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) juga boleh membantu, jika pengasuh biasa mereka tidak dapat melakukan demikian semasa QO/SHN," kata Encik Chua.



Kiriman itu dibuat menyusuli maklum balas daripada Cik Amylia Koh dan Cik Cindy Chee tentang pengalaman keluarga mereka semasa menjalani ujian swab Covid-19 dan kuarantin baru-baru ini.



Cik Koh antara lain menggambarkan proses swab bagi abang/adik lelakinya yang kurang upaya intelek sebagai "mengerikan", dan berkata pasukan ujian swab itu tidak bersiap sedia untuk "menguruskan dan memahami profil klien dari MINDSville".



Encik Chua berkata beliau mengakui keperitan dan kekecewaan yang mereka rasakan.



"Pegawai kita di barisan hadapan mempunyai tugas sukar untuk dilakukan, tetapi kita boleh melakukan lebih baik. MOH dan MSF sedang berusaha memperbaiki proses swab dan kuarantin, termasuk melatih kakitangan ujian swab untuk menjalankan tugas dengan lebih baik dengan golongan yang sukar diuji. Ini termasuk berkhidmat kepada golongan kurang upaya dengan lebih baik," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >