Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembersihan lebih ketat di premis ramai pengunjung, penghuni berisiko

Jul 30, 2021 | 05:30 AM



PARA pemilik premis yang mempunyai penghuni lebih berisiko atau jumlah pelawat tinggi seperti rumah tumpangan, sekolah dan kedai kopi akan berdepan dengan tuntutan pembersihan lebih ketat mulai hari ini.



Ia menyusuli pengenalan rejim sanitasi sekitaran baru oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), menurut akhbar The Straits Times.



Enam bulan pertama di bawah rejim baru itu akan menjadi tempoh nasihat bagi membolehkan lebih 3,000 premis membuat penyesuaian dalam perubahan tersebut.



Ia juga melibatkan pengenalan rejim secara bertahap bagi pelbagai sektor.



Misalnya, sekitar 180 kemudahan jagaan warga emas melaksanakan rejim itu menjelang 30 Julai manakala 1,100 kedai kopi dijadualkan berbuat demikian menjelang Mac tahun depan.



"Pengenalan rejim ini secara bertahap akan memberikan pemilik dan pengendali lebih banyak masa mempersiap bagi menjalani rutin baru itu, pembersihan menyeluruh secara berkala dan aliran kerja menyahjangkit selain menghantar pekerja menjalani latihan penyelaras kawalan sekitaran (ECC) selama dua hari," kata NEA.



Sehingga kini terdapat sekitar 350 ECC dilantik yang sudah dilatih bagi rejim baru itu, sebahagian besar bagi kemudahan penjagaan warga emas, belia dan khidmat sosial.



Kemudahan itu, menurut NEA, dijangka melaksanakan rejim tersebut lebih awal, dari 30 Julai dan selanjutnya.



Rejim berkenaan memperkenal piawaian mandatori bagi premis berisiko tinggi yang khusus serta meletakkan tanggungjawab lebih tinggi terhadap pengurus premis bagi memastikan piawaian dipenuhi.



Piawaian itu termasuk:



  • Pembersihan harian minimum dan kekerapan menyahjangkit bagi tandas, lif, pusat tong sampah dan permukaan yang banyak disentuh.

  • Pembersihan berkala yang menyeluruh setiap enam bulan minimum termasuk kawasan pembersihan yang tidak mudah diakses atau diliputi oleh pembersihan rutin, seperti kipas dinding.

    Pembersihan ketat di tempat-tempat di bawah pembersihan rutin juga mungkin diperlukan semasa pembersihan berkala ini.

  • Pelan pengurusan haiwan perosak bagi memastikan langkah diambil bagi mengelak isu haiwan perosak.

  • Kaedah/protokol pembersihan dan menyahjangkitan sebagai respons kepada kejadian melibatkan lelehan dari badan.

  • Peruntukan bagi peralatan penting dan ejen pembersihan bagi menjalankan pembersihan dan nyahjangkitan yang berkesan.

Selain itu, piawaian khusus sektor perlu dilaksanakan.



Program contoh boleh didapatkan di laman web NEA.



Bagi mematuhi rejim itu, pengurus premis harus melaksanakan program sanitasi sekitaran dan mempunyai tanggungjawab sanitasi sekitaran di premis mereka.



Agensi itu juga berkata empat penyedia latihan sudah dilantik dan diluluskan oleh SkillsFuture Singapore bagi memastikan keupayaan latihan bagi ECC.



Selepas lulus latihan ECC, mereka yang dilantik harus berdaftar dengan NEA.



NEA menambah, piawaian khusus sektor akan dirumuskan dan dimaklumkan kepada ketua sektor dan pengurus premis.



Rejim baru itu sebahagian daripada Akta Kesihatan Awam Sekitaran (Pindaan) yang diluluskan di Parlimen Oktober lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >