BAHAS BELANJAWAN 2017: KEMENTERIAN KESIHATAN

Pembimbing kesihatan anggap warga senja seperti orang tua sendiri

TUGAS Cik Nurhashimah Mohamed Ramli hanyalah sebagai seorang pembimbing kesihatan. Antaranya memberi nasihat kepada pesakit mengenai ubat dan diet yang perlu dipatuhi selain gaya kehidupan sihat yang perlu dilalui.

Namun, demi memastikan segala yang disampaikannya bukan sekadar 'masuk telinga kanan keluar telinga kiri', ibu seorang anak dan bekas jururawat pendaftar di Poliklinik Ang Mo Kio itu menganggap pesakit bak ibu bapa atau nenek dan datuk beliau sendiri.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan